Follow if you like

Jan 3, 2011

RASPBERRY MARBLE CHIFFON CAKE

Assalamualaikum....
Aduh! penatnyer rasa badan seharian duduk dlm kereta.... Ita ni sebenarnyer baru pulang dari menghantar anak2 balik ke asrama... Dari pagi bertolak pukul 11.00 pm tadi baru sampai... dgn keadaan jalan raya yg banyak kereta.... nasib baik tak jam... cuma trafic slow sikit... ialah masing2 baru pulang dr bercuti dan mungkin ada juga yg spt ita dok menghantar anak2 pulang ke asrama...

Sebelum pergi sempat la ita buat sebijik kek chiffon...emmm chiffon lagi.... dah itu yg anak2 suka makan... maknyer pun buatkan lah.... lagipun senang aje buat dia tak lah rumit sangat ...nak makan pun senang... kali ni ita buat Rasberry Marble Chiffon Cake resepi oleh Chef Alex Goh dari buku masakan beliau Fruity Cake. Sedap juga kek ni lembut dan gebu... dan terasa rasberrynyer... anak2 dan suami ita pun suka. Pulak tu kan mmg keluarga pengemar kek chiffon... mmg laju aje la.... jom la kita tgk senarai bahan2 yg diperlukan....


Mykitchen's Recipe
RASPBERRY MARBLE CHIFFON CAKE
By: Chef Alex Goh

Bahan A
30 gm buah raspberry

Bahan B
30 gm gula castor
60 gm minyak sayuran
4 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam

Bahan C
100 gm tepung berprotin rendah (ita guna tepung kek)
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
5 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
100 gm gula castor

Bahan E
80 gm buah raspberry - dicincang kasar


 

"DO IT YOURSELF"
  1. Masukkan A ke dlm pengisar dan kisarkan buah raspberry menjadi puri ketepikan.
  2. Adunkan B dan tambahkan C ke dlm adunan dan adun hingga sebati.
  3. Putar putih telur di D hingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan cream of tartar dan putar lagi hingga kental (meringue)
  4. Ambil 1/4 bahagian meringue dan kaupkan ke dlm adunan pada langkah 2 tadi hingga rata. Masukkan baki meringue dan kaup balik hingga sebati.
  5. Ambil 200gm adunan tadi dan campurkan dgn puri raspberry dari langkah 1. Tambahkan 30gm raspberry yg dicincang kasar E ke dlm adunan dan sebatikan.
  6. Masukkan 50gm baki raspberry yg dicincang kasar E kedlm adunan biasa dan gaulkan sebati.
  7. Tuangkan adunan ini secara bergilir2 ke dlm tin kek angel food dan bakar pada suhu 170c selama 40 - 45min.
  8. Terbalikkan kek setelah masak. Keluarkan dari tin apabila kek telah sejuk.

 

TIPS

Raspberry segar mengandungi kelembapan dan oleh itu, sejatan berlaku semasa proses membakar dan ini mengakibatkan kek berlubang-lubang

1 comment:

Nieza said...

sedapnya kek chiffon....rajin ler kak ta ni...emm...bila lak nk rajin buat kek ni...:)

Powered by Blogger.