Follow if you like

Jan 18, 2011

PUDING ROTI LAICI


dah lama rasanyer tak makan puding... sekali2 makan aduh!!! mengigit.... sedap sungguh! pulak tu makan time petang2 cam ni dgn angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa... nikmatnyer rasa...

Ita dan suami mmg suka puding... anak2 pun suka jugak tapi diorang lebih suka puding berkuah... kalau suami ita mmg peminat setia puding... lebih2 yg manis2 dan lembut2 cam ni mmg dia suka sangat... bila dicurahkan sos karamel kat atas dia.... mmg meleleh lah.... laju aje dia makan tak toleh kiri kanan lagi...dah!


kali ni ita buat puding roti laici... sedap la... kata org tu sampai menjilat sudu dan garfu la... tak terkata sedapnyer... tak terlalu manis... secukup rasa! lembut aje... walaupun rupa tak secantik rasanyer....!! resepi dari Chef Hanieliza , ita ambil dari buku masakan beliau 1 Hari 1 Resepi. Mmg berbaloi mencuba! Tapi ita buat separuh adunan aje... sekadar untuk merasa... tapi klu tau sedap cam ni... ita buat terus satu adunan tadi... boleh bagi jiran2 merasa... tak pe la nanti ita boleh buat lagi sebab dah tau sedap kan...!



MyKitchens Recipe

PUDING ROTI LAICI
By: Chef Hanieliza

1 buku roti saiz kecil (450gm)
1 tin susu cair (400 ml)
2 cwn air (ita guna air laici yg dlm tin)
1 tin buah laici (dlm tin)
1/2 cawan gula halus
2 biji telur (dipukul)
2 sudu makan tepung jagung

Sos karamel
1 cwn gula perang
1/2 cawan air
Masak bahan diatas sehingga pekat untuk mendapatkan sos karamel


"DO IT YOURSELF"

Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yg kecil
Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan selama 1 jam
Masukkan kedlm loyang yg telah disapu minyak.
Bakar pada suhu 180c selama 1 jam
Sejukkan dan potong semasa menghidang.
Hidangkan dgn sos karamel.


3 comments:

izahdaut said...

ni yang tak tahan ni bila kata sedap ni..saya pun suka puding yg jenis bakar cam ni..kalau ada kuah sedap jugak kot kak ita?ke makan cam tu je sedap?

AZLITA AZIZ said...

makan dgn! sos caramel tu pun dah sedap izah! makan cam tu pun sedap jugak! dia tak manis sangat... tapi klu letak sos caramel lagi power lah.... YUM!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

tak pernah buat puding roti macamni..lebih lebih lagi ada laici..segar

Powered by Blogger.