Follow if you like

Jan 20, 2011

PIZZA PUFF


Assalamualaikum....
Hari ni ita nak tunjukkan menu yg ita masak tuk hari ni... ita masak yg simple2 aje... sebab nak mengemas umah.... cuaca yg cerah dan terang benderang ni mmg sesuai sangat kalu nak mengemas umah... nak menjemur dan mencuci apa yg patut... sebelum tu... kita cuci mata dulu...







Semua dah tau buat kan??? senang aje ita guna puff pastry jenama "KAWAN" dekat Tesco banyak...
Pas tu letaklah apa2 yg kita nak letak untuk jadikan Pizza Mini mcm ni....

Antara bahan yg ita gunakan tuk buat Pizza mini ni...

MyKitchen's Recipe

1 peket puff pastry
Pasta sauce traditional Prego
Kiub nenas
Lada bengala
Cheese frankfurter
Cheddar cheese

"DO IT YOURSELF"

keluarkan dulu puff pastry dari peti ais dan biarkan dia lembut sekejap. canaikan atas papancanai. Letakkan 1 keping di sebelah bawah. kemudian ambil sekeping lagi dan potong 4 segi tepat ditengah2 kira2 1.5 cm dari tepi. Kemudian buang petak tengah dan lapikkan atau tepekkan atas lapis bawah tadi.
Tarik penjuru kanan pergi kepenjuru kiri dan selangkan. Kemudian tekan2 setiap tepinyer dgn jari. Selepastu tekan lagi dgn jari dan toreh sikit dgn pisau disetiap tepi puf. Buat hingga siap. kemudian ambil garfu dan cucuk2 dgn garfu di petak tgh yg kita tebuk tadi.

Kemudian sapukan petak tengah tu dgn pasta sauce, letakkan frankfurter yg telah dihiris nipis2. kemudian letakkan kiub nenas dan lada bengala yg telah dipotong kecil. akhir sekali taburkan Cheddar cheese ikut la klu rasa nak tambah berat badan boleh lah bubuh lebih2 sikit.... hihihi

Siap!! untuk dibakar. Letak atas tray yg telah ditaburkan sedikit tepung. kalau nak sapu kat puff dia kuning telur pun boleh juga... kemudian masuk dlm oven dan bakar pada suhu 200c selama 15-20 minit atau sehingga ia kuning keemasan.... selamat mencuba!!



No comments:

Powered by Blogger.