Follow if you like

Jan 1, 2011

NASI LEMAK HALBA KUKUS

Assalamualaikum...

Hari ni ita nak share satu lagi resepi yg kami sekeluarga suka apa lagi Nasi Lemak la... Tapi nasi lemak hari ni ita letak halba dan dikukus. Nasi Lemak ni klu kita masak dgn mencampurkan sedikit halba rasanyer sangat sedap dan bau halba itu memang membangkitkan lagi aroma nasi lemak tu... apalagi bila nasi lemak tu dikukus... lagi la enak dan lazat... lebih2 lagi dimakan dengan sambal telur dan ayam goreng serai berempah... wah! memag memikat selera ku sekeluarga...


Klu dulu, nasi lemak biasa dimakan utk sarapan pagi kini tidak lagi nasi lemak dimakan setiap masa tak kira la pagi ke, petang, atau malam.... 


MyKitchen's Recipe

NASI LEMAK HALBA KUKUS

1kg beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
5 cwn santan
3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
2 inc halia - dihiris
1 camca halba
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
secubit garam - atau secukup rasa


"DO IT YOURSELF"

Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga beras sebati dgn santan. Biarkan nasi separuh masak atau sehingga santan kering.
Pindahkan nasi kedlm kukusan. Alas kukusan yg berlubang dgn daun pisang supaya nasi tidak jatuh.
kukus sehingga naik wap selama 30 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnyer.
Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dgn sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, ayam goreng dan timun sebagai ulaman.
Selamat mencuba.


2 comments:

mama ju, said...

Aslkm. Salam kenal. Wah mama tak pernah lagi masak nasi lemak letak halba, nanti nak cubalah...dtglah rumah mama....

AZLITA AZIZ said...

w'salam... mama, cubalah mama sedap membangkitkan bau nasi lemak tu harum...
insyaallah nanti ita sampai...

Powered by Blogger.