Friday, January 7, 2011

NASI HUJAN PANAS

aik! pagi ujan petang panas... pagi panas petang ujan... hujan... panas... hujan... panas... kain baju pun tak kering... sempena cuaca yg tak menentu.. semenjak 2 menjak ni kita layan la resepi Nasi Hujan Panas hari ni... makan time ujan2 dan nasi panas2 kaw! kaw! gitu...

Resepi dari Chef Hanieliza... sedap dan menyelerakan... dengar kak liza dah keluarkan buku masakkan baru... tapi tak sampai lagi kemari... dok jugak mencari kat kedai buku kalo2 dah sampai....

Kepada yg teringin nak merasa Nasi Hujan Panas ni boleh lah menuba... penyediaannyer pun tak lah rumit sangat dan bahan2 pun dah tersedia ada kat dapur.... ok sementara salin resepi biar ita masak lauk dia pulak..Ye! tungggguuuu......

MyKitchen's Recipe

NASI HUJAN PANAS
By: Chef Hanieliza

4 cwn beras basmati - basuh bersih dan toskan airnyer
4 cwn air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato - dicincang
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disimpul
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu nakan marjerin
1 sudu makan kismis - ita tambah

Bahan Menumis
Rempah tumis (4sekawan)
1 inc halia - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak sapi dan marjerin dlm periuk. Masukkan bahan tumisan, serai dan daun pandan. Masak sehingga naik bau harum.
Masukkan air dan garam dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan susu cair, kiub pati ayam, tomato, kismis dan beras. Kemudian kacau rata.
masak seperti nasi biasa.
Apabila hani hampir kering, letakkan satu warna pada satu tempat berlainan.
Biarkan sehingga nasi masak dan kering. Kemudian gembur2kan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.
Sebelum dihidang, hiaskan dgn bawang goreng dan daun bawang.

3 comments:

Mr. Mama said...

sodap tu...sepinggan x cukup laaa...

AZLITA AZIZ said...

Jap lagi ita bawak nasi tambah ye!...

Watchaaa QisZz ... said...

Sedapnyeee...nk trylah