Follow if you like

Jan 25, 2011

NASI GORENG PATTAYA

dah... dah... dah... berenti kerja tu dulu... gi makan... kang sambung lagi eh! perut tu jgn biarkan kosong... nanti masuk angin kan susah.... sapa yg susah??? awak jugak....

makanlah apa2 janji makan kan... klu nak diet sekalipun... perut tu tak boleh dikosongkan terussss.... jom kita pekena nasi goreng pattaya... sedap makan time panas2 berasapppp....


Nasi goreng pattaya ni fav Azrul... dia mmg suka makan yg berat2... esok lusa balik lak anak2 omak ni boleh lah mak dia masak yg special cikit.... rindu dgn anak2....


MyKitchen's Recepi

NASI GORENG PATTAYA
Sumber : buku Resipi

1 mangkuk nasi putih
3 ekor udang basah
sedikit daging ayam - dihiris
2 ulas bwg putih - diketuk
2 biji telur dipukul
sedikit cili kisar
sayur campur
Daun bawang
sedikit minyak masak
Minyak bijan
sedikit sos tiram, sos ikan dan sos tomato
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili kisar hingga harum. masukkan udang dan ayam. Goreng sekejap. Kemudian masukkan sayur campur, sos tiram, sos ikan, sos tomato dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula nasi putih dan kuatkan api, kacau dgn pantas supaya nasi dan bahan tumis bercampur rata.
Masukkan serbuk lada sulah dan masak selama 3 minit. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak sekali lagi. Dadarkan telur selebar mungkin. Tapi jangan terlalu nipis. Kemudian letakkan nasi goreng ditengah telur dadar dan lipat lemas. Setelah garing, renjiskan minyak bijan diatas telur dan tutupkan api.


No comments:

Powered by Blogger.