Follow if you like

Jan 22, 2011

MI BANDUNG MAK CHEF WAN

Assalamualaikum.....



Hari ni ita buat mee bandung. Mi bandung ni mmg fav ita sekeluarga terutama anak sulung ita, Amirul. kadang2 bila nak masak masakan kegemaran anak2 time dia tak de ... tak tertelan rasanyer... kan?? mesti dok terigat dan terbayang2 bila anak menikmati masakan kegemaran mereka... dengan celoteh yg tak kering gusi kita... dibuatnyer...

Biasa ita klu buat mee bandung ita ikut resepi kakak ipar ita kak Yati. Resepinyer pernah ita tunjukkan di SINI. Tapi kali ni ita nak cuba tukar selera pulak... ita cuba resepi Mi Bandung Mak Chef Wan. Menurut Chef Wan ini adalah hidangan mi kegemaran beliau sekeluarga. Ibu beliau sering menyediakan mi bandung ni ketika berbuka puasa pada bulan Ramadan. Ia juga sangat digemari di Cafeteria ibu beliau yg dikendalikan di Pangkalan Udara bagi tentera Udara Diraja Malaysia di Alor Strar , Kedah.

Jom ikut ita masuk dapur kita lihat bahan2 yg diperlukan dan cara penyediaanyer...



MyKitchen's Recipe

MI BANDUNG MAK CHEF WAN
By: Chef Wan

Bahan-bahan
Minyak untuk menggoreng
1 keping Tauhu keras (tau kwa)
2 biji telur
3 ulas bawang merah - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 cm halia - dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
500 ml air rebusan ayam - ita guna kiub ayam
200 gm udang - buang kepala dan ekor
200 gm sotong - dipotong kecil
1/2 cwn sos tomato
2 sudu besar Pes Cili Thai
100 gm kobis - disiat (ita tak letak)
3 pokok sawi hijau - dipotong sepanjang 3 cm
6 biji bebola ikan
segengam taugeh
200 gm mi kuning - dicelur
garam dan gula secukup rasa

Hiasan
Bawang goreng
Cili merah
Cili hijau
Daun bawang
Daun ketumbar

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak masak secukupnyer utk mengoreng tohor atau terendam di dlm kuali yg dalam. Masukkan kepingan tauhu keras dan goreng sehingga perang keemasan. Angkat dan tuskan diatas tuala kertas. potong tauhu yg disejukkan menjadi kiub2 kecil.

Keluarkan minyak berlebihan drpd kuali, dan tinggalkan kira2 4 sudu besar. Goreng telur mata lembu. Angkat dan ketepikan.

Pastikan ada kira 4 sudu besar minyak masak dlm kuali. panaskan minyak masak sekali lagi da tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga harum. Tambahkan cili kisar dan tumis selama 1 minit.

Masukkan air rebusan ayam, makanan laut, sos tomato dan pes cili Thai. Kacau rata, kemudian masukkan kubis, sawi hijau, bebola ikan, taugeh, mi dan tauhu yg digoreng. kacau sehingga sebati dan perasakan secukupnyer dgn garam dan gula.

Apabila makanan laut masak matikan api. Alihkan ke mangkuk hidang individu dan hias dgn telur goreng. Taburkan bawang goreng, cili merah, cili hijau daun bawang dan daun ketumbar. Hidangkan segera.

3 comments:

Ina said...

Salam Ita...
Menarik resepi ni..nk tya Pes Cili Thai tu tomyam pes ke...??

AZLITA AZIZ said...

wasalam ina...
dia tulis kat botol tu pes Chili Thai...
tapi ita klu buat Tom Yum pun letak ni jugak... nanti ita letak pic yer!...

Ina said...

TQ Ita...
Dh tw cmna rupanya Pes Chili Thai tu....
Ingat klu jd esok nk buatlah...tp rasanya x guna kot pes chili thai ni kot..mls nk g kedai lg...sbb bahan lain nk buat mee bandung ni dh ada...
Tp cmna ok x klu x letak...adakah pes Chili ni bahan penyedapnya....???? maaf bertya lg..!!

Powered by Blogger.