Follow if you like

Jan 5, 2011

MEE SIAM

Assalamualaikum...

Hari ni ita bersarapan dgn sepinggan mee siam dan secawan hot milo... Hari ni masak yg ringan2. Hubby pun tak de yg makan hanya 2 mulut yg satu tu pun...ya ampun... mulutnyer kecik sangat makan apa pun secotet et!... macam ni bila la nak besar ... dlm kelas pun duduk meja depan sekali kalau beratur dialah jugak yg paling depan sekali... alahai kesian anak omak... kalau orang tengok mcm mak dia tak kasi makan... tak besar2 macam tu aje....klu bercerita pasal saiz baju... sampai sekarang masih pakai baju budak 5 tahun hihihi... jangan la jadi bonsai.... nak oiiii....


MyKitchen's Recipe

MEE SIAM

1 bungkus mihun - direndam hingga lembut dan toskan
1/2 kg taugeh - atau boleh gantikan dgn hirisan kubis
1 pokok sawi
1 pokok kucai
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
fish cake atau fish ball jika suka
cili hiris
limau kasturi - jika suka masam2 manis

Bahan dikisar
15 tangkai cili kering - direndam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu tauco
1 sudu makan udang kering - direndam

"DO IT YOURSELF"

Panaskan sedikit minyak didlm kuali. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake jika suka. Masukkan mihun dan sedikit air. Taburkan sedikit garam dahulu. Balik-balikkan dan masak hingga mihun lembut. Masukkan sawi,tauhu, taugeh atau kobis dan terus matikan api. Balik2kan lagi supaya rata. Taburkan daun kucai dan cili hiris. Siap untuk hidangan.

No comments:

Powered by Blogger.