Follow if you like

Jan 6, 2011

KUPANG BERCILI


Menu terakhir malam ni... kupang bercili... sedap jugak makan kupang ni sekali2 dah lama tak makan kupang kan... ala kupang ni murah aje...masak pun senang aje,... tapi lama tak nampak orang jual kupang...kan? kadang2 bila tekak tu terasa nak makan melilau cari mesti tak jumpa bila tak teringin berlambak2 la pulak...
Jom masuk dapur kita masakkk....


MyKitchen's Recipe

KUPANG BERCILI

1 kg kupang - direndam, cuci, buang pasir2 dan teritip2 kat cekerang dia dan toskan
1/2 tin nenas kiub dlm tin
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1 kiub ikan bilis
1 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 3 sudu besar)

Bahan Tumisan
3 labu bawang besar - dikisar (pilih yg sedang2 aje..)
3 ulas bawang putih - dikisar
15 tangkai cili kering - direndam hingga lembut kemudian dikisar
1 inc belacan - agak besar duit 20 sen
kesemua bahan diatas dikisar halus

"DO IT YOURSELF"

Tumis bahan yg dikisar hingga harum dan garing. Masukkan Air asam jawa dan masak lagi. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.  Masak lagi hingga kuah sedikit kering. Kemudian masukkan tomato buah dan nenas. Masak lagi hingga mereneh. Kemudian masukkan kupang tutup periuk sebentar hingga kupang masak. Buka tutup dan biarkan kuah kering dan pekat. Akhir sekali tutup api dan taburkan daun ketumbar dan cili gaul rata... wah! dah siap dah... sedapnyer bau... jom makan...

3 comments:

Anie said...

Salam Ita,

Wahhh efficient sungguh lah u ni. I blom abis baca entry yg lama, tetiba dah kluar yg baru ;)

Hebat2 menu dkt sini, mmg gitukan nasib kita dkt m'sia atau s'pore. Nak mkn, cari2 tak jumpa. Alhamdullilah dkt sini, kupang senang jumpa dkt supermarket pun ada dijual......

AZLITA AZIZ said...

salam Anie,....
Tu la Anie time teringgin susah nak jumpa... tak tau la kot2 musim tengkujuh ni ....
Cik Abg kita ni mengidam yg bukan2 pulak..hihihi

Ayah said...

nak tanya.. kupang tu kalau masak tanpa cengkerang dia tu, ada effect kepada rasanya tak?

Powered by Blogger.