Tuesday, January 11, 2011

KUIH BAKAR SUSU

assalamualaikum....
dah sarapan ke??? hari ni ita bersarapan dgn Kuih Bakar Lemak Manis. Ita saje.. je.. bubuh nama kuih Bakar Susu kat link tu sebab senang nak cari dan nak ingat sebab kuih bakar ni menggunakan susu lemak manis...

Memang terangkat lah kuih bakar ni... sedap sangat... terasa lemak manisnyer... mmg sedap!... pulak tu tang kerak2 dia tu... bila digigit... aduhhhh!! berlaga2 lah gigi ni... tak terkata...

Kuih ni adalah hasil air tangan kak Rose My Kuali.... hari tu masa mood skodeng datang ita intai2lah dapur kak Rose ternampaklah bertapa cantiknyer kuih ni berposing... mmg terancam betullll... dah tak tahan ita godek2 la kat dapur... mmg mengancam... tak sempat tunggu sejuk... sebab tak tahan bau dia yg dah mengaruk satu rumah...

Ita mmg tak pernah makan lagi kuih bakar Lemak Manis ni.... sekali lagi terima kasih kepada tuan empunyer resepi.... ita minta izin share kat sini pula ye!

Jom...jom... buat kuih ni... mmg sedap!!


Just the way you are....



MyKitchen Recipe

KUIH BAKAR LEMAK MANIS
By:Kak Rose

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula (kak rose kurangkan sikit gula sedang elok manisnya... to me la)
  • 3 biji telur
  • 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
  • 3 sb susu manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • bijan - utk tabur (opt)

"DO IT YOURSELF"

Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
Masak adunan hingga pekat.
Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.

Kuih ni sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang juga sangat sesuai kalau kita buat sebagai buah tangan ke majlis2 keramaian atau kenduri kendara....

5 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

baru jer semalam nampak acuan tu kat mid valley..ari nak dah nampak kat rumah akak...nampak cantik dan sedap kuih tu tambahan dalam bekas yg cantik tu...

AZLITA AZIZ said...

aha Nazrah aka beli kat mid valley jugak... geram sebab colour dia cantik dan comel... tapi tak rugi jugak beli sebab senang nak guna tak yah letak minyak... kuih pun senang tanggal dari acuan...

hana said...

salam akak..acuan tu plastic kan..bleh ke bakar dlm oven

Mizz Jazzy said...

salam kak, sama seperti soalan di atas..acuan untuk kuih bakar susu ni plastik ke? boleh bakar dalam oven?

ling foong said...

Hello Ita ^0^I have tried bake this kuih bakar of urs and it is amazing!!!!Suppperrr!!!hahahA...i love your cooking and baking and the pic you took making my tummy beating n mouth drooling....looking forward to learn from you somemore.Wishing you a beautiful life.