Follow if you like

Jan 10, 2011

KEK OREN ZURIANA


Mesti semua tertanya2 kenapa pulak nama kek oren ni kek oren Zuriana... ita saje letak nama kek oren Zuriana sebab senang nak ingat lagi pun tuan yg empunya resepi ni si cantik manis Zuriana yg punya... ita sekadar mencuba dan merasa...

Alhamdulillah sedap dan menepati cita rasa anak tekak ita ni... ita ni sebenarnyer tak berapa menyukai kek bakar... (kecuali kek ciffon la....tu mmg fav... tak leh nak kata apa...) ita lebih suka kek kukus... tapi yg ni ita rasa sedap! boleh dicuba... yg penting bahan yg diperlukan tak banyak... buatnyer pun sangat mudah dan cepat siap! sangat sesuai kalau jadi bidan terjun... maksud ita kalau tiba2 ada tetamu yg nak datang tak de apa kita nak angkatkan... ha! ita rasa ini pilihan yg terbaik... mudah, cepat dan sedap...

Tapi ni versi ita yg telah diubah suai sedikit.... harap Zuriana tak marah ye!... kalau nak tengok resepi kek oren Zuriana ni boleh la singgah di dapur Zuriana

Sekali lagi ita nak minta izin untuk copy resepinyer disini pula  senang ita nak rujuk balik kalau nak membuatnyer... terima kasih ye! Zuriana kalau ada resepi yg sedap2 lagi nanti boleh lah tag kat ita lagi....hihihi




MyKitchen's Resepi

KEK OREN ZURIANA
By: Zuriana

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren






"DO IT YOURSELF"

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.


Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".
Kek ni rasa dan tekstur dia seakan2 kek buah.. lembab dan padat. Ita letak dalam peti ais sekejap kemudian makan dgn Hershey's Syrup Chocolate emmmm... sedapnyer...!! kalau makan dengan ais cream vanila lagi lah sedap... 3 dalam 1.. gituuu....

11 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Cantiknya warna kombination oren dan coklat..mesti rasanya pun sedap..

Mr. Mama said...

nyumm..nyummm....

hana said...

lawo ah gambo kek nih! macam nak telan skrin jerk!

AZLITA AZIZ said...

Nazrah,sedap... boleh cuba hihi nampak tu ikan paus dah muncul dah tu...hihihi

AZLITA AZIZ said...

mr mama, yummy!... jom makan!

AZLITA AZIZ said...

hana, wo wo wo... telan... telan... jangan tak telan... wakaka...

anymz said...

dusyuuuuzz...akak dtg mcm kilat sambar kek tu..lawo betul..resepi nya masuk lam list lah.akak mmg suka kek2 yg ada oren dgn cekelat.nampak yummy sgt..
zassssss..akak balik dulu ya..sok2 kita main masak2 lg.

AZLITA AZIZ said...

kak padanlah terpana... sekejap... ingat kan mr Mussel yg datang....

Nozibaaton Othman said...

saya nozi. nak tanya kalau kukus dlm bekas dadih boleh tak. brp lama dan kena tambah ovelate ke

ndya said...

salam akak..telur 2biji tu xckup kan..sbb sy bakar kek dgn 2biji..kek sy keras...atau sy silap...

asilahyusof.com said...

Saya guna 6 biji telur baru gebu

Powered by Blogger.