Follow if you like

Jan 24, 2011

KEK CHIFFON GULA MELAKA


Hari ni ita buat kek chiffon lagi... Tapi kali ni ita buat kek Chiffon Gula Melaka. Resepi ni ita ambil dari dapur CMG Dapur Tampa Sempadan. Ita mmg peminat setia kek chiffon. Tak taulah kenapa suka sangat ngan kek chiffon ni... mungkin sebab dia lembut tu yg suka sangat tu... buatnyer pun mudah dan cepat siap... dan juga cepat habisss!!...

Kek Chiffon gula Melaka ni ita tak pernah rasa lagi... tu yg terdetik dihati nak membuat bila terpandang kek ni kat dapur CMG. Kek ni sedap lembut aje rasanyer.... dan teksturnyer juga sangat gebu.... tak terlalu manis... mmg secukup rasa! sedang2 aje... kepada yg belum pernah merasa bolehlah cuba! ita pasti kepada pengemar2 kek chiffon pasti akan suka... bila dah merasa kek chiffon ni...

Seperti biasa lah ye! kena lah minta izin dari tuan yg empunyer tuk nak cnp resepi disini.... menurut CMG, beliau ambil resepi ni dari dapur Ayu Singapore dan ita pula ambil dari dapur  CMG ... so kenalah ita minta izin dari CMG tuk cnp kat sini pula... akak cnp kat sini pula ye!...

MyKitchen Recepi

KEK CHIFFON GULA MELAKA
By: Ayu Singapore
Sumber :CMG Dapur Tampa Sempadan

BAHAN-BAHAN "A" :-)
4 kuning telur
3 camca besar minyak masak
95 g gula melaka, hiris halus*
65 g air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan, masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
95 g tepung kek (mat guna tepung gandum)
1/4 camca teh baking powder
15 g sebuk santan segera
Secubit garam

BAHAN-BAHAN "B" :-)
4 putih telur
30 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar

"DO IT YOURSELF"
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, siapkan tin chiffon berukuran 23 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar, tambah cream of tartar, putar hingga putih telur kental. Ambik 1/4 putih telur tadi dan gaul rata dalam no. 2 hingga rata.
  4. Tuang bancuhan tadi dalam baki putih telur dan adun dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak.
  5. Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. Kemudian sisip tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya. Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.

3 comments:

hamzah ian said...

waa.. nmpk sedap je.. nyam2

AZLITA AZIZ said...

nampak aje dah sedap kan??? belum rasa lagi!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Gebuu jer...

Powered by Blogger.