Sunday, January 30, 2011

JOM KENAL DAPUR ITA

assalamualaikum....
selalu kan kita asyik memasak aje... tapi kita tak tau siaplah disebalik tabir masakan kita tu kan?? hari ni ita nak kenalkan dgn pembantu2 ita didapur... yg banyak bersusah payah membantu ita dalam menyediakan juadah untuk santapan keluarga...


Dikalangan keluarga dan teman2 yg rapat dgn ita pasti tau akan minat ita pada hiasan dalaman... ini mmg hobi no 1 dan tak boleh dipisahkan dari hidup ita. Ita mmg pantang klu rumah berserak dan bersepah. Mulalah angin naik satu badan kadang2 sampai tak leh tidur ita bangun jugak mengemas.... Sebelum memasak pun ita kena pastikan dapur ita bersih dan teratur baru ita boleh memasak... klu tak mmg semua mcm serba tak kena aje...

Jom kita jenguk dapur ita dan ita kenalkan dgn pembantu2 ita yg bertaraf profesional ni...


Inilah dapur ita tempat ita memasak. Ita sangat sukan warna bumi kerana ia kelihatan semula jadi. ita dan suami juga mempunyai minat yg sama dlm penataan hiasan. kami amat meminati kayu sebab itulah boleh dikatakan setiap ruang dirumah ita beasaskan kayu. Dapur ita ni tiada dapur basah ita lebih selesa dgn konsep satu dapur sahaja. Ita mau ujudkan suasana santai dan kemas didapur. Ruang dapur yg luas dan selesa memudahkan pergerakan kita ketika memasak.


Pintu gelangsar menjadi pembahagi antara ruang makan dan ruang dapur. Ruang makan menempatkan meja kayu empat segi memanjang. Binaan pintu membuka pandangan kepada kolam ikan disisi kediaman.


Ruang makan ita terletak dipertengahan laluan menuju ke ruang dapur. Disini ita lengkapkan dgn meja makan kayu padu  berkerusi enam. Disini lah tempat ita sekeluarga berkumpul ketika menikmati hidangan. Ita juga meletakkan sebuah bingkai kaca  agar ruang ini kelihatan luas.  Disebelahnyer pula ita letakkan sebuah almari yg menghimpunkan koleksi pinggan mangkuk kesayangan ita.

20 comments:

Nieza said...

wah comelnya dapur kak Ita ni...jatuh chenta juga saya dibuatnya....tq sharing!..i like!..:)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Nice kitchen dan chefnya pun hebat, selalu mengikuti masakan Ita.

Mas said...

cantiknya dapur akak....memang dapur idaman mas bila dok rumah sendiri nanti...insyaAllah...

Ummi said...

Salam Ita....waaaah tersangatlah cantik dapur Ita...dapur kita sekangkang kera jek...kalau masuk 3 org pun dah berlaga montot! Apapun yg penting, kita happy bila lakukan aktiviti kita kan.. ^__^

chikadakbiru said...

tema kaler dah same dgn dapur CB..tp dapur akak lagi tampak mewah n elegant... :) lawaa sgt..suke laa...kemas

Yatie said...

Salam Ita,
Mmng cantik dan kemas je dapur Ita dari dulu, kini dan selamanya...kalau dapur dah cantik mcm ni, apalagi bilik dan ruang tamu....uwaaa, mesti terpesona sape yg melihatnya....

Miesah@Anggun Mia Sari@Amiez said...

As salam...Cantiknya...semakin brsemangat memask dlm dapur yg cantik...

K.Nor said...

waduhhhh terpegun tengok dapur ita yg anggun jelita cam tuan eh puan empunya tuh.. kemas dan tenang jer :)

noorsafone said...

cantik sungguh dapur ita....kemas & teratur...

ismabaizita said...

Cantiknyer dapur.....patut ler ita rajin memasak..!dapur gni ler idaman akak...tapi tak dapat2 sampai sekarang....hahaha

Nina Mirza said...

nina suka tengok dapur kak ita ....
bertuah nya rasa jika dpt memasak bersama kak ita kat dapur kak ita.
cantik, kemas & teratur.

hannah said...

Salam perkenalan kak ita....

saya minat dengan cara masakan akak n saya suka dengan tatacara akak menghias makanan dan dapur akak...sudila kiranya akak berkongsi cerita minat akak dengan saya...saya selalu terjah blog akak....ade juga gambar yg akak amek saya copy dlm hardisk saya sbg sumber inspirasi...

salam manis dari saya......sue...

Nurrey's Collection said...

Salam Ita,

Akak pun selalu jengah blog ita,boleh dikatakan tiap2 hari mesti bukak blog ita. Macam ada sesuatu yang menarik je bila tengok blog ita nie..x tipu tau. Resipi2 semua best2 belaka.

dari saya : http://tupperwarebrand4U.blogspot.com

Hanim said...

wahhhh cantik...bila la nak dapat dapor camtu. bersemangat la nak masak hehehe.

Nur said...

Assalamu'alaikum kak ita. Tq share & approve fb. Luas & cantik dapur akak, suke..;)). Mcmni senangla nk wat kenduri-kendara / wat biskut byk2. Ramai pembantu(anak2) leh msuk dapur, kan.. Caiyok! Nak tiru akak!

HOMEMADE CHOCZ said...

mak aii....dapurnya gitu...best2...nak maintain bukan senang tu...pasti ita sgt teliti orgnya kan...

Nor Fazila said...

seronoknyer dpt dapur mcm kak ita ni..i love it....

manja209 said...

salam kenal
cantiknye dapur kak ita...sy memg suke sgt kaler mcmtu..:)

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) said...

Salam Kak Ita, boleh tak nak minta pelan dapur akak..saya berkenan la design ni! tengah buat pelan rumah sekarang~ tq ye kak :)

Umaira Umar said...

chantek nye dapur kak ita