Follow if you like

Jan 18, 2011

IKAN MASAK ALA JAWA

assalamualaikum....

dah makan semua...??? menu tengahari ita  sangat simple juga hari ni... masak yg cepat2..... cepat dimasak dan sedap dimakan...

hari ni ita masak ikan pulak... hari2 makan ayam pun jemu jugak kan?? kat umah ita ni yg tinggal semua yg mmg suka meratah ikan... klu hari2 ikan pun tak apa... teringat dulu masa ita nak mengandung anak yg kedua... jarak anak yg ke 2 dan yg bungsu agak jauh jugak walaupun ita tak merancang sebenarnyer... ita mmg nak sangat anak perempuan... sebab masa tu ita dah dapat 2 lelaki jadi biarlah kalau hamil kali ni anak perempuan... bila ita gi jumpa doktor ita cakaplah boleh ke klu saya nak anak perempuan... eh! main mintak2 dgn doc pulak... hahaha doc tu gelak aje... pas tu dia kata boleh... dgn syarat jangan bagi suami makan ikan... hahaha pelik kan tapi benar jugak tu... hari2 ita masak ayam dan daging... pas tu bila ita selamat bersalin.... betul pulak anak ita perempuan... syukur yg teramat sangat rasanyerrrr... tak tau lah kan suratan atau kebetulan... tapi kalau ada yg nak mencuba apa salahnyer kan???...

Kalau yg nak anak lelaki tu kenalah bagi suami tu makan ikan hari2... mana tau dapat anak lelaki... kan kita merancang.... segalanyer Allah yg tentukan... eh! apa pulak ita dah melalut ni... ita klu dah berceloteh mmg tak leh stop... kang tak berasap dapur.... jom la kita tengok menu yg ita masak hari ni...


MyKitchen's Resepi

IKAN MASAK ALA JAWA
Sumber: Buku masakan Jawa


4 keping ikan merah - gaul dgn kunyit dan garam dan digoreng keemasan
2 btg serai diketuk
1/2 cwn santan pekat
1/2 cwn air
1 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan dikisar
10 biji cili padi - ita kurangkan takut pedas sangat
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 gm kunyit hidup


 "DO IT YOURSELF"

Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
Tuangkan santan, air, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau sekata dan biar kuah naik minyak.
Masukkan ikan. ratakan dan biarkan kuah mendidih.
Siap untuk dimakan bersama nasi putih.


Ikan masak ala Jawa ni rasanyer lebih kurang sama dgn masak lemak cili api. Cuma cara penyediaannya yg agak sedikit berbeza kerana lauk ni ditumis dahulu... manakala masak lemak cili api tidak ditumis atau pun dimasak menggunakan kaedah merebus. 

No comments:

Powered by Blogger.