Follow if you like

Jan 13, 2011

DAGING GORENG KUNYIT


Assalamualaikum....
hari ni ita masak menu yg cukup ringkas, cepat dimasak dan sedap dimakan... Menu yg cukup simpel penyediaannyer ni adalah hasil air tangan Illa Azila... dan ita CNP dari dapur Cha atau Sasha Rahmat.

Memang sedap..!!! dari tadi duk meratah lepas seketul ... seketul... sempat ke tunggu sampai hubby balik makan... rasa2 kena masak lain ni... tak leh tahan mulut ni... tak boleh stop meratah...

TQ kepada adik Illa yg sudi berkongsi resepi yg ringkas dan sedap ni.... Lama juga adik Illa tak on9.... akak dgr illa tak sihat... akak doakan semoga illa cepat sembuh... rajin2 makan ubat dan dengar nasihat Doktor... take care my dear....


MyKitchen's Recipe

DAGING GORENG KUNYIT
By: Illa Azila
Sumber : Sasha Rahmat

Daging - dipotong atau dihiris nipis2 (boleh juga menggunakan daging ayam)
1 labu bawang beasar - dipotong baji
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
1 sudu serbuk kunyit
secubit garan
1/2 cawan air - jika perlu
1 sudu besar minyak masak





"DO IT YOURSELF"

Lumurkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Perapkan sekejap. Kemudian masukkan kedalam kuali dan goreng tampa minyak. Sekiranyer terlalu kering tambahkan 1/2 cawan air masak hingga daging lembut dan empuk.
Setelah air kering masukkan 1 sudu besar minyak masak dan goreng daging sebentar. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Apabila bawang layur terus matikan api(masa goreng daging jgn terlalu lama  nnti dagingnya keras..sbb daging telah direbuskan dulu sebelum tu..)



2 comments:

Norasikin said...

Kalau pakai ayam, nampak la kaler kuning ye.. Saya tak boleh makan daging. Kena la makan ayam je

AZLITA AZIZ said...

aha kalau pakai ayam nampak warna kuning dia... tp ita tadi pun letak kunyit sikit aje...

Powered by Blogger.