Follow if you like

Jan 30, 2011

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE




assalamualaikum....
selamat pagi semua... selamat berhari minggu... Dah beberapa hari ni ujan aje kan? kain baju pun tak berapa nak kering.Walaupun ada dryer tapi sebenarnyer ita lagi suka baju tu dijemur bawah matahari... sekurang2nyer matilah semua bakteria... lagipun bau dia pun wangi aje.. berbanding dgn menggunakan dryer...

Hari ni ita nak tunjukkan kek yg ita buat... actually ramai dah buat kek ni. Biasalah ita kan selalu tertinggal keretapi. Jangan mare ye... masih lagi dgn pisang yg masih belum habis... lps ni cmfrm tak makan pisang sebulan... hihihi

Kek ni ita buat hari Jumaat malam. Pas tu tak boleh nak potong sebab panas lagi... takut klu potong panas2 nanti tak molek pulak potongannyer... pagi Sabtu tak dan lagi nak potong sebab belum ambil pic pas tu ita kena bergegas ke KL. Lepas Subuh dah bertolak... Ita mmg setiap weekend akan berada di KL sebab suami ita ada urusan disana. Nasib baik ita ada rumah di KL, dan biasa ita akan bermalam disana. Tapi sebab semalam lepas habis urusan di KL suami ita kena bergegas balik ke JB sebab ada appointment. Tu yg lps ambil anak terus kita berpatah balik semula ke JB. Bayangkanlah penatnyer.....

Bercerita pasal kek ni... oh! my god... mmg sedap sangat lembut dan lembab2 sedikit...terasa pisang dan coklatnyer... pulak tu taburan chocolat chip dan almond menambahkan lagi kelazatan kek ni... mmg tak puas menikmatinyer... berbaloi mencuba! kepada peminat2 kek pisang ita sarankan anda supaya mencuba, ita pasti anda akan menyukainyer.... tip top!...

Terima kasih kepada Rima kerana sudi berkongsi resepi kek yg sedap ni... dan terima kasih juga telah memberi ilham supaya dapat menghabiskan pisang2 dirumah ni.... ita minta izin tuk share resepi kek yg sedap ni disini pula ye!... Thanks a lot....

MyKitchen's Recipe

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
By: Rima

Ingredients
1/2 cup butter - 113g
1 cup sugar
1 egg
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt - I used 1 tsp since i used unsalted butter
1/4 cup baking cocoa - barry callebaut
1 cup chocolate chips - i used both white and chocolate chips (ita guna both white and choc and + some almonds)


Method
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares

Dibawah ni pula resepi yg telah ditransletkan oleh izah tapi ita coppy dari rumas mas. Mas kak ita minta izin share disini pula ye!... Thank you...

Sumber: Mas Duniaku
Bahan-bahannyer

  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
  • 1/2 cawan kismis - Mas tambah
  
"DO IT YOURSELF"

Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond@kacang nibs dan Mas tambah kismis.
Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square

4 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

sedapkan kak ita kek ni..xpuas mkn...tapi tgk kak ita punya nampak lagi sedapla..

Lynn said...

ehheh mcm2 resepi ita ni...:) nmpak sedap sgt

AZLITA AZIZ said...

mmg sedap mimiey... kejap aje dah licin...
terima kasih mimiey

AZLITA AZIZ said...

terima kasih Lynn... boleh cuba tu... kek ni mmg sedap!

Powered by Blogger.