Follow if you like

Jan 17, 2011

CENDOL

hari ujan2 makan cendol kan??? OK la tu.... hihihi
sebenarnyer dah berapa hari dah Dalili minta buatkan dia cendol, hari tu waktu ikut ayah dia pergi pasar sempat jugak dia capai sebungkus cendol... sampai rumah terus minta mak dia buatkan... tapi sebab cuaca asyik mendung aje... tu yg asyik tertangguh aje projek nak membuat cendol ni...


sebelum gi sekolah tadi dia pesan lagi suruh buatkan cendol... tak sampai hati pulak dah berapa hari menghampakan permintaan dia... tu yg hari ni buatlah jugak....
balik sekolah tadi terus tanya cendol dah buat belum??? suka dia minum cendol tu..... sampai tak sempat tukar baju....

Ita buat cendol ni tak de lah sukat2 main tuang2 aje... buat pun tak banyak untuk makan 2 beranak aje... tapi disini ita letaklah jugak resepi yg ita cnp dari CMG kalau ada yg nak cuba buat sendiri dirumah. Bahan2 yg digunakan semuanyer sama aje... cuma ita tak letak kacang merah ita gantikan dgn sagu biji kerana Dalili tak suka kacang...

Ita minta izin CNP resepinyer disini pula ye!




MyKitchen's Recipe

CENDOL
By: CMG Dapur Tampa Sempadan

600 g isi cendol
1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 - 3 helai daun pandan
1 cawan kacang merah dalam tin
Sedikit garam
Air batu secukupnya

"DO IT YOURSELF"
  1. Tuang 500ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah dalam satu bekas. Tuang lagi 500ml air ramas dan perah. Masukkan sedikit garam dan kacau. Ketepikan.
  2. Masak gula melaka dengan gula pasir dan 1 cawan air bersama daun pandan hingga gula hancur dan pekat. Tapis air gula tadi dan ketepikan.
  3. PENYEDIAAN:- Masukkan cendol dalam santan. Dalam gelas, masukkan kacang merah anggaran 1 camca teh, tuang air gula mengikut keperluan dan diikuti cendol tadi dan di akhiri dengan air batu. Kacau biar semua bergaul mesra sebelum diminum....

4 comments:

Mr. Mama said...

cendol 1 kacang lebih yaaa....

AZLITA AZIZ said...

SIAPPPP.....!!! BOSSS... hihihi

YB Raz said...

macam sedap je ^^"

AZLITA AZIZ said...

mestilah sedap.... :)) cubalah!!

Powered by Blogger.