Follow if you like

Jan 31, 2011

BENDI GORENG BERLADA

Assalamualaikum....
hari ni ita masak 3 lauk untuk makan tengahari tadi... sebab anak dah balik so ita masak lah banyak sikit... dan seronok makan bila ramai2 ni lebih2 lagi makan dgn anak2. Peluang sebegini yg selalu ita tunggu2 makan seisi keluarga... seronok dan meriah...


Ok, menu pertama ita mestilah sayur., sebab suami ita suka makan sayur. Hari ni ita masak sayur bendi. Resepi yg biasa ita masak. Mudah dan simple aje. Sayur ni tak susah sangat masak dia kan? rencah untuk lauk sayur biasa sama aje... bawang merah, bawang putih, udang kering atau ikan bilis... klu orang Johor mestilah tidak akan meninggalkan belacannyer...

Jom kita lihat menu ita yg pertama ni...



MyKitchen's Recipe

BENDI GORENG BERLADA

300 gm bendi
10 ekor udang basah
2 sudu makan air
3 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa
cili merah dihiris
1 sudu bawang goreng
1 biji telur
kiub ikan bilis

Bahan ditumbuk

5 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

"DO IT YOURSELF"

Bendi basuh dan dipotong serong (ita potong bila rencah dah siap kita tumis sebab bila potong terlalu awal bendi akan berlendir)
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan kiub ikan bilis dan masak hingga perencah sedikit garing. Ketepikan rencah dan buat bulatan ditengah kuali. Pecahkan telur, biarkan sedikit keras dan kacau rata hingga hancur dan bersalut dgn rencah tadi. masukkan udang dan air masak hingga didih. Rasakan garamnyer, dan masukkan bendi dan cili hiris. Kacau rata. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng diatasnyer sebagai hiasan.

2 comments:

Park Cho Rong said...

Ada tips tak untuk masak bendi nie . kita bru nak bljar masak bendi nie tp tak yakin . jangan terlalu lma masak ker takut lembik pla . air perlu ckit jer kh . tlong share kak

Park Cho Rong said...

Ada tips tak untuk masak bendi nie . kita bru nak bljar masak bendi nie tp tak yakin . jangan terlalu lma masak ker takut lembik pla . air perlu ckit jer kh . tlong share kak

Powered by Blogger.