Follow if you like

Jan 19, 2011

AYAM GORENG TOMYAM


Ini adalah menu kedua yg ita masak hari ini.... Ayam Goreng Tomyam. Sedap lauk ni...! boleh dicuba... Disebabkan ita tak boleh makan seafood jadi ita rasa lauk ayam goreng tomyam ni mmg sesuai untuk mereka2 yg kalah pada seafood atau kolestrol terlebih dlm darah... tapi teringin nak makan tomyam.


Resepi kali ni ita ambil dari buku Koleksi Rasa. Mana bahan2 yg tak de kat dapur ita ni ita gantikan lah dgn apa2 yg ade.... tapi bahan rencahnyer masih ita kekalkan... sekali2 kita bertukar citarasalah pula kan... apa salahnyer mencuba !!

Jom lah kita jenguk2 dapur ita dan lihat bagaimana penyediaannyer....

MyKitchen's Recipe

AYAM GORENG TOMYAM
Sumber : Koleksi Rasa

250 gm ayam - dipotong kecil cuci bersih, dan diperap dgn sedikit garam
2 sudu makan pes Tomyam Adabi
7 biji cili padi - dipotong nipis
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong baji
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 helai daun limau perut - dihiris halus
2 biji bendi - dipotong serong (ita tak letak ita gantikan dgn lada bengala dan nenas dipotong kiub)
1 kiub ayam
1/2 biji limau nipis - ambil jusnyer
1 biji tomato - dikisar halus dgn sedikit air
1 biji cili merah - dikisar halus dgn sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk mengoreng


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan minyaknyer dgn tisu towel.
Ambil sedikit minyak mengoreng ayam tadi dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili padi. kacau sekejap.
Masukkan pula tomato dan cili merah yg dikisar halus tadi.
Kemudian masukkan pes tomyam dan kiub ayam. kacau rata.
Perahkan jus limau nipis dan rasakan dgn sedikit garam dan gula.
Masukkan ayam tadi dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan bendi, bawang merah, daun limau perut dan cili merah.
masak sehingga kuah pekat.

3 comments:

nOOrsha said...

sdapnye ayam goreng tomyam..x rase lg tengok pic da tau sedap....ermmm

AZLITA AZIZ said...

sedap noorsha.... boleh cuba klu nak rasa... jom lah dtg umah akak kita makan sama2...

K.Nor said...

tumpang meratah aci tak? :)

Powered by Blogger.