Follow if you like

Jan 17, 2011

AYAM GORENG SAMBAL HIRIS

assalamualaikum....

hari ni ita masak yg ringkas aje khas untuk Dalili sebab suami tak de... out station... kang klu masak banyak2 sapa plk nak kena menghabiskan... Dalili plk mmg sangat cerewet bab2 makan ni... klu tak kena dgn citarasa dia jangan harap lah dia nak makan...


Untuk hidangan harian ni tak perlulah menyajikan hidangan yg berat2 yg kesudahannyer nanti tak termakan... sekali sekala klu makan yg kering2 cam ni pun sedap jugak... pulak tu bila dimakan dgn nasi panas2 memang menyelerakan... Hidangan yg biasa tapi masih mengekalkan  kelazatan dalam penyediaannyer...

Jom kita lihat menu yg cukup simple dan sangat mudah penyediaannyer ni... amat sesuai untuk makanana anak2 yg nak kesekolah pada sebelah petang......

MyKitchen's Recipe

AYAM GORENG SAMBAL HIRIS

1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih
1 sudu teh air perahan limau nipis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Rencah untuk sambal hiris
5 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inc halia dihiris
5 biji cili padi hijau dihiris serong
5 biji cili padi merah dihiris serong
1 biji cili merah dihiris serong
1 biji tomato dipotong baji
10 keping kacang pies atau petai belalang boleh juga digantikan dgn kacang panjang atau kacang boncis.
1 sudu teh belacan
1 sudu teh perahan lemon
1 sudu makan kicap manis
secubit garam
minyak untuk menumis




  "DO IT YOURSELF"


Lumurkan ayam dgn air perahan limau nipis, garam, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk ketumbar. perapkan selama 1 jam dalam peti ais.

Goreng ayam dengan minyak panas diatas api yg sederhana sehingga masak dan kuning keemasan . Angkat dan toskan atas tuala tisu. Ketepikan.

Tinggalkan 1 sudu makan minyak dlm kuali. Masukkan belacan dan goreng hingga naik bau. masukkan bawang merah yg telah dihiris, halia, bawang putih, cili padi merah dan hijau, cili merah, tomato, garam, kicap manis dan jus limau . Kacau rata.

Akhir sekali masukkan kakang pies atau petai belalang dan segera tutup api. kacau rata dan siap untuk dihidangkan bersama nasi hangat2.

2 comments:

Nieza said...

salam kak, simple pun sodap!...saya baru nk b/fast akak dh lunch dh kan..hehe

AZLITA AZIZ said...

wasalam Nieza...
dah nak minum petang dah nieza... ni lambat masuk N3 hari ni tenet ni skrg selalu plk buat hal....
btw selamat bersarapan my dear...

Powered by Blogger.