Follow if you like

Jan 7, 2011

AYAM GORENG NENAS

Sedapnyaaaaa..... Ayam Goreng Nenas ni.... mmg sedap!! hingga menjilat jari... wah! bertambah2 dalili makan...

Resepi dari Chef terkemuka dan bertaraf dunia... siapa lagi ita lah...ooopppsss!! mulut leser dah keluar .. tak takut kena saman ke?? hihihi mintak ampun ye Cheffy Wan...

Memang sedap lah boleh cuba kalau nak merasa kesedapannyer... sekali makan pasti nak tambah lagi... bagi yg tengah diet tu pejam mata sekejap lupakan..... sorok sekejap dacing tu bawah katil... buat2 tak nampak... hihihi
Jooommmm... kita pakat2 makan dulu....!!



MyKitchen's Recipe 

AYAM GORENG BERNENAS
By: Chef Wan

Bahan-bahan
4 sudu besar minyak masak
500 gm ayam - basuh bersih dan potong kecil
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong baji
2 biji tomato - dibelah 4
1/4 nenas - dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
2 helai daun limau perut - disiat2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu beras sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Pes Rempah
4 sudu besar udang kering - direndam air hingga lembut kemudian dicuci dan dikisar
1 sudu belacan - dibakar dan dikisar
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 kaki akar ketumbar - yg ni ita tak letak sebab tak tau benda alah apa ....


"DO IT YOURSELF"
Satukan semua bahan pes didlm pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak masak dlm kuali yg dalam. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula. Tumis pes rempah dgn serai sehingga harum.
Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, cili hijau daun limau perut dan ayam. Goreng dan kacau hingga sebati. Kemudian bubuh sos tiram dan sos ikan. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.
Besarkan api menjadi sederhana dan masak , tutup, selama 3 minit. hidangkan mengikut citarasa.

4 comments:

Nieza said...

wah ada ayam juga kat sini..sedapnya....tapi ni lagi sedap ni...nk yg drumstick tu seketoi ...hehe

Noorma Ismail said...

Sedapnyer ayam..hari2 masak ayam pun takpe... masuk list dulu respi ni..tq Ita

anymz said...

waah..sedapnya ayam masak2 cenggini kan.?ada rasa2 masam manis..sesuai lah dgn jiwa tuan rumah ya Ita..kihkih

Yatie said...

Salam Ita,
Tngk bahan2 pun dah terasa2 kesedapannya....leh cuba ni...tq kongsi resepi..

Powered by Blogger.