Dec 31, 2010

BANANA CHIFFON CAKE

Assalamualaikum...
Petang ni ita buat kek chiffon lagi... kali ni ita buat Banana Chiffon Cake... resepi kek chifon yg sedap ni ita gi skodeng kat dapur Ancoo. Terima kasih kepada Sasha Rahmat yg memperkenalkan ita kepada blog Ancoo. Tentu cha tau minat ita terhadap kek... kan...!

Teruja sungguh ita bila masuk blog Ancoo banyak kek yg cantik dan kreatif dari Ancoo insyaallah jika diberi peluang ita akan cuba satu persatu...

Berbalik kita pada resepi banana chiffon cake ni... resepi yg sangat mudah disediakan. Kek nyer juga sangat lembut dan gebu... cuma mungkin pisang yg ita gunakan kurang manis... tapi bagi mereka yg tidak sukakan manis dan mementingkan penjagaan  kesihatan, ita rasa resepi ini sudah cukup lengkap... tapi bagi mereka yg suka manis2 boleh lah tambahkan sukatan gula dlm resepi ni...


Sebelum masuk dapur ita nak minta izin pada tuan empunyer resepi untuk coppiesss resepinyer disini... untuk rujukan ita dan kawan2... Thanks for sharingggg....it soft , fluffy n tempting. I love this cake... and it's one of my fav cake....
Jom kita masuk dapur... kita buat kek...



MyKitchen's Recipe

BANANA CHIFFON CAKE
By: Anncoo

Ingredients:
6 Egg yolks
1/4 tsp Salt
60ml Cooking oil
170g Banana puree
1/2 tsp Banana essence
50g Caster sugar
110g Plain flour
1/4 tsp Baking soda

6 Egg whites
1/2 tsp Cream of tartar
100g Caster sugar
"DO IT YOURSELF"
  • To make egg yolk batter, combine egg yolks, salt, oil, banana puree, essence and sugar in a mixing bowl. Fold in sifted flour and baking soda until forms batter.
  • To make egg white foam, beat egg whites, tartar and sugar until mixture becomes peak form.
  • Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.
  • Pour batter into ungreased 9" (22cm) tube pan.
  • Bake at preheated oven at 170C for about 45 minutess or until cooked.
  • Then switch temperature to lower grill and bake chiffon cake for another 5 minutes.
  • Remove chiffon cake from oven, invert mould onto table.
  • Allow the cake to cool completely before removing the cake from the mould.

SELAMAT DATANG 2011

Syukur, Alhamdulillah....! 

Sedar tak sedar kita dah pun sampai ke penghujung tahun. Klu nak dikira dgn jari...
tak berapa jam... dan saat lagi... masuklah kita ke tahun 2011. masa beredar dgn begitu pantas sekali. Maknayer setiap thn itulah juga cita2 serta impian kita akan bertukar silih berganti... Klu masih belum termakbul, tak mengapa... kita sambung tahun depan... Paling tidak pun lakarlah impian baru... Siapa tahu kan nasib manusia....!!!

Tahun baru mengiringi dgn tekad dan semangat baru. Semangat utk menjadi yg terbaik dr thn sebelumnyer. Terbaik bukan hanya dr aspek kerjaya malah dlm kehidupan juga.....

Dikesepatan ini ita juga ingin mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' khasnyer kepada keluarga tersayang walau dimana sahaja berada... kepada rakan2 persekolahan, rakan2 sepermainan, rakan 2 di Kongsi Resepi, rakan2 bloger, rakan2 di Tangan2 Magik dan kepada nama2 yg tidak tertulis diruangan ini.... anda adalah semangat ita... teruskan la silaratulrahim ini sehingga ke penghujung perjalnan kita..... semoga kehidupan dan perjalanan kita diberkati dan dirahmati oleh Nyer..... AMIN
Dec 30, 2010

KUIH LOPES

Assalamualaikum...
Petang tadi kami sekeluarga makan kuih lopes... kuih Lopes ni mmg kegemaran kami sekeluarga. Dulu klu nak makan kuih lopes ita akan pergi makan dekat Hutan Bandar kat bandar JB ni... kuih lopes mak cik tu sedap sangat... kadang2 ita borong semua sekali kerana semua suka kuih ni... nak buat malas sebab leceh sikit la nak buat kuih ni.... nak kena rendam pulut, pas tu nak membungkus ... tang tu yg ita paling tak suka klu makan ita suka...hihihi

Tapi hari ni ita nak sharekan resepi kuih lopes yg mudah saje penyediaannyer... klu tau senang mcm ni dari dulu ita dah buat kuih ni...hihihi
Resepi ni ita ambil kat My Resepi. Resepi dikirimkan oleh tulip77 resepi yg sangat mudah dan sedap... wah! klu mcm ni hari2 la ita melopes plk...hahaha  kepada tuan empunyer resepi ita minta izin share resepi dicini ye.... ita malas nak taip la... mata dah tak berapa nampak ni... ita CNP ye!   terima kasih bebanyak sudi share resepi kuih fav kami sekeluarga ni....jom salin resepi...!!!


MyKitchen's Recipe

KUIH LOPES
By: tulip77

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air

 

"DO IT YOURSELF"

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Ita tak letak air daun pandan sebab tak de... nak keluar gi kedai...adussss malas nyerrrr.... ita jugak tak letak air kapur... hihihi... tapi still sedap... licin dah!! esok buat lagi...yeh!


Nak memudahkan kerja... ita tak kukus pun pulut tu ... ita bantai masuk aje dlm periuk nasik tekan on... hihihi klick! dah masak... hahaha orang malas....

IKAN HARUM BUNGA KANTAN

Assalamualaikum....
Dah makan?... Wah tentu seronok kan.. hari ni anak2 pun tersenyum riang... Malaysia Boleh! juara jugak M'sia akhirnyer... lega dah habis dah demam bola...  dah mula masuk demam Back To School... yg si kecik tu hari2 dok try kasut dan baju sek... dah tak sabar nak balik sek... abang2 pun dah sibuk berkemas... lusa dah nak hantar semua balik aii!!! sunyilah maknyer lepas ni... dapur pun kurang la berasap sebab yg tinggal ni semua tak pemakan... klu masak kang ita jugak yg kena bagi perhabis... aiii!! montel la nanti....

Ok la kita cerita pasal menu hari ni... ita masak Ikan Harum Bunga Kantan sedap resepi ni anak2 pun suka makan sampai bertambah2 bau bunga kantan dan daun limau perut tu mmg menusuk kalbu dan membuka selera betul....!!

Resepi ni ita ambil dari Buku Koleksi Rasa Mahir Memasak Vol 2. rega dia ...RM 17.90 wah! siap beritau rega lagi uuuu.... hihihi... dlm resepi asal guna ikan merah tapi ita guna ikan bawal sebab ita suka tekstur isi ikan bawal yg lebih halus dan lembut.... ok lah dah terpecik aik liur ni tak leh tahan.... meh kita tgk bahan2 yg diperlukan... jap lg leh la gi market cari bahan2 ye!...


MyKitchen's Recipe

IKAN HARUM BUNGA KANTAN

1 ekor ikan merah - dipotong2  (ita guna 2 ekor ikan bawal) diperap dgn garam dan kunyit
2 batang serai - dititik
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
4 helai daun limau perut - dihiris halus
10 biji cili padi - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu maka sos tomato - ita tak guna sos tomato ita gantikan dgn buah tomato yg dibelah 4
2 sudu makan sos cili Thai
2 sudu makan sos tiram
sedikit jus limau
minyak untuk mengoreng
garam dan gula secukup rasa



"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan
Ambil sedikit minyak mengoreng ikan tadi dan tumis bahan yg dikisar hingga harum dan garing. Kemudian masukkan serai dan bahan yg dihiris goreng lagi hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili Thai dan sos tiram.
Rasakan garam dan gulanyer biarlah secukup rasa.
Akhir sekali masukkan jus limau juga secukup rasa.
Kemudian tuangkan kuah diatas ikan yg telah terhidang diatas pinggan hidang.
Hiaskan dgn taburan daun bawang dan cili merah yg dihiris.

Dec 29, 2010

ROTI JALA

Petang ni kita menjala la pulak... ita klu buat kari mesti nak buat sesuatu yg boleh dimakan bersama kuah kari ni... tu la yg merajinkan diri menjala...
Resepi kali ni ita  gi skodeng kat dapur Kak Nor Secubit Garam sebab resepi kak nor ni simple dah mudah disediakan... sebenarnyer dah lama terliur dok tgk gambar roti jala kak nor yg kaler maler tu...hihihi
ita minta izin ye kak Nor CNP resepinyer disini... terima kasih bebanyak ye...


MyKitchen's Recipe

ROTI JALA
By: Ummi
Sumber: Kak Nor Secubit Garam

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

"DO IT YOURSELF"

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

KARI AYAM

Assalamualaikum...
hari ni ita masak Kari Ayam. Selalu ita masak tak letak kerisik... hari ni ita bubuh kerisik sebab ramai kawan2 kata klu bubuh kerisik lebih sedap!... itu lah yg ita cuba hari ni... alhamdulillah... mmg sedap dan menepati cita rasa tekak kami sekeluaga... tak sia2 mencuba...
Resepi hari ni ita ikut resepi Chef Hanieliza... masak kari ni semua dah pandai buat...kan..? tp ita masukkan jugaklah resepi disini untuk rujukkan anak2 ita... manalah tau kot2 Dalili dah nak kedapur boleh lah rujuk resepi mak dia ni... hihihi


MyKitchen's Recipe

KARI AYAM
By: Chef Hanieliza

1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cwm minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam atau daging
1 sudu teh serbuk jintan manis - ita tak letak
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu besar kerisik
2 cwn santan dari 1/2 biji kelapa
4 biji kentang - dipotong 4
3 biji tomato - dipotong 4
1/2 cwn air asam jawa - ita guna asam keping
garam secukup rasa
2 kiub ayam - ita tambah

Bahan B - utk menumis
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inc halia
3 tangkai daun kari
rempah tumis - 4 sekawan

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan menumis hingga naik bau dan garing. Masukkan rempah kari, jintan manis, serbuk cili yg dibancuh dgn air asam dan kiub ayam kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik dan garam. Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk.
Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi, roti atau roti jala...


KUIH BINGKA UBI

Assalamualaikum....
dah sarapan? hari ni ita nak berkongsi satu lagi resepi yg paling ita suka... apa lagi klu bukan Bingka Ubi... ita mmg suka klu kuih muih yg ada letak ubi ke...keledek ke... nangka ke... atau apa2 la janji jgn letak durian mmg ita tak boleh makan....


Dulu mak selalu buat kuih ni... dan ita la yg paling suka klu mak buat kuih ni... tapi sekarang ni dah tua2 malu plk nak minta mak buatkan... adakalanyer... terasa rindu dgn masakkan mak... sepatah kata kak gee "kita selau kata rindu masakan mak... akan adakah kata2 itu lg dari mulut anak2 kita kalau kita asyik bawak anak2 makan kat kedai aje...." betul jugak kan???...


Ok jom ita nak sharekan resepi kuih bingka ubi kesukaan ita ni... ha! sapa nak tolong ita parut ubi...???

MyKitchen's Recipe

KUIH BINGKA UBI

1.5 kg ubi kayu - diparut dan diperah sedikit airnyer tp jgn buang.. mendakkan dulu kemudian baru buang nanti ada mendakan sagu yg kat dasar bekas tu gaulkan semula kat ubi tu...
1 biji kelapa parut - ambil putihnyer aje..
600ml santan dari 2 biji kelapa - ita guna 3 kotak santan KARA 200ml
secubit garam
1 helai daun pisang - buang tengahnyer utk alas dasar loyang - ita lenser dgn minyak aje...

Bahan utk sirap
250 ml air
500gm gula pasir
500 gm gula melaka
4 helai daun pandan - disimpul


"DO IT YOURSELF"

Parut ubi kayu atau kisar aje ubi kayu didlm pengisar makanan hingga halus. keluarkan dan letak dlm mangkuk besar.
Gaulkan bersama kelapa parut hingga rata. dan ketepikan
Sediakan sirap. Jerang air bersama kedua2 gula atas api perlahan. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut. Jangan sampai sirap mendidih... buangkan daun pandan dan tapis... biarkan sejuk.
Campurkan sirap tadi dgn campuran ubi dan kelapa.
Tuangkan santan pekat kedalamnyer dan tambahkan secubit garam. gaul adunan hingga sebati.
Masak bancuhan tadi diatas api sederhana. kacau selalu hingga adunan sedikit pekat.
Leserkan loyang dgn sedikit minyak... alaskan dasarnyer dgn daun pisang.
Tuangkan adunan tadi ke dlm loyang dan bakar dlm ketuhar pada suhu 180-190c selama sejam atau sehingga kuih masak.
Keluarkan kuih dari loyang buang kan daun pisangnyer dan bolehlah dipotong apabila telah sejuk sepenuhnyer...


OK salin resepi dulu eh... ita nak sambung makan... emmmmegghhh!!! sedapnyer...

Dec 28, 2010

LALA CILI BEREMPAH

Assalamualaikum...
Selamat tengahari... dah makan belum? klu yg belum makan tu pergi la... makan jgn biarkan perut tu kosong nanti masuk angin...plk... tinggal2 la kerja tu dulu kang kejap lagi boleh sambung balik...

Ita dah makan dah... hari ni ita masak Lala... anak2 mmg suka klu mak dia masak lala... selagi tak siap masak asyik berulang aje kedapur... jenguk dah siap ke belum mak dia masak... tak payah disuruh meja mesti dah siap punya tersusun dgn pinggan dan cawan tinggal tunggu hidang aje... hihihi

Resepi hari ni sangat istemewa... sangat sedap!!! sampai suami ita pun kata... Ya Allah... minta ampun sedapnyer....!!! cehhh wahhh... eh! bukan perasan tau... tp mmg sedap... mana la tak sedap resepi terbaik dari pakar masak Malaysia... bukan resepi ita... ita ambil resepi ni dari buku masakan Kegemaran Malaysia. Kalu resepi yg sedap2 ni ita suka berkongsi bersama kawan2 dan adik2... biar sama2 dapat merasakan....

Ok la cakap banyak pulak ita ni... kang tak berasap dapur... jom masuk dapur kita masak Lala...


MyKitchen's Recipe

LALA CILI BEREMPAH
Sumber : Buku Masakkan Kegemaran Malaysia

500 gm lala dibersihkan
1 batang serai - dititik
2cm lengkuas - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 cm halia - dikisar
15 tangkai cili padi - dikisar (ita kurangkan 10 btg aje takut pedas nanti kesian Dalili tak boleh makan)
2 sudu besar tauco
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tobasco ( oleh kerana tobasco ita dah habis ita gantikan dgn sos cili Thai...)
2 camca besar rempah kari ikan
1 kiub ikan bilis (ini ita tambah)
1 sudu teh tepung jagung bancuh dgn sedikit air - ini utk memekatkan kuah klu tak letak pun tak apa
3 tangkai daun bawang - dihiris
3 tangkai daun ketumbar - dihiris (daun ketumbar tak de jadi ita ganti dgn daun kari... hihihi )
1 camca gula
garam secukup rasa (ita tak letak garam sebab taucu tu dah masin...)


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak. Tumiskan serai dan bahan yg dikisar hingga harum dan terbit minyak.
Masukkan sos tiram, tauco, sos cili atau tobasco rempah kari dan kiub ikan kacau rata dan biarkan kuah didih sebentar.
Kemudian masukkan Lala gaul sebati dan tutup periuk selama 2-3 minit.
Bubuh pula campuran tepung jagung, daun bawang, daun ketumbar gula dan garam secukup rasa.
Renehkan dan kacau sekali sekala sampai kuah pekat.
Angkat dan sajikan dgn taburan cili dan daun bawang.


emmmmm.... memang menyelerakan...

CHOC SPIRAL BREAD

Assalamualaikum....
Wah! sekarang dah jadi minggu meroti sedunia... sana sini orang membuat roti... kat Kongsi Resepi hari2 orang dok memposingkan roti hasil tangan2 magik masing... alamat tak laku la roti kat kedai2 roti.... hihihi Kita ni buat2 roti jugak tapi tau tak asal usul roti ni ek....

Roti ni bukan saja dimakan disetiap pelusuk dunia, malah telah tercatat sejak 6000 tahun dahulu dlm buku sejarah. Dipercayai bhw kelahiran pembakaran roti bermula diantara rantau Eropah dan Asia. Orang2 pada masa itu mengisar gandum sehingga menjadi serbuk, panaskan dan ditambah dgn air utk menghasilkan doh. Slps tu mereka mula mengoreng adunan dan ini menghasilkan roti semacam pizza sebagai roti terawal yg pernah dihasilkan.....

Org2 Mesir pula menjumpai cara mencampurkan yis dgn adunan ini. Mrk percaya jika yis ditambah dan doh dibiarkan sebentar ia akan menghasilkan tekstur yg lbh lembut dan roti yg lebih kenyal... hebatkan!

Sekarang roti merupakan makanan org ramai tlh mencapai kepentingan dlm sejarah dunia sebagai makanan asas yg terus berevolusi setiap masa....

Jom ramai2 kita masuk dapur kita menguli roti....


MyKitchen's Recipe

CHOCOLATE SPIRAL BREAD
By: Chef Nick Malgieri
Sumber: Buku 'Bake'

Bahan A - Roti asas
3 cwn tpg roti
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar unsalted butter - dipotong kecil dan cairkan
3/4 cwn susu
1/2 cwn air suam (42c)
1 3/4 sudu teh yis

"DO IT YOURSELF"
  1. Campurkan tpg , gula dan garam dlm satu bekas dan kacau rata, ketepikan.
  2. Yis campur dgn air suam biarkan berbuih dlm 10 minit (suhu air angaran 42c kerana yis akan mati jika air terlalu panas)
  3. Butter yg telah dicairkan dicampur dgn susu dan dipukul rata (guna garfu aje...) suhu bilik
  4. Masukkan 2 dan 3 dlm mixer dan pukul dgn kelajuan sederhana.
  5. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan biarkan hingga menjadi doh.
  6. larikan 1/3 bahagian doh untuk dibuat adunan B
  7. Adunan A tadi dibentuk bulat spt bola dan disapu minyak diatas permukaannyer dan dibiarkan ditempat panas (dlm almari) dan biarkan dia naik 2X ganda.




Bahan B
1/3 daripada adunan A
1/8 cwn susu
1/8 sudu teh serbuk cinement (secubit aje...)
1 1/2 oz choc masakan (dlm 6 petak kecil choc)
1/8 cwn tepung roti (1 sudu besar)

"DO IT YOURSELF"

Cairkan choc masakan kemudian tambahkan susu dan 1/8 sudu teh cinement kacau rata dan pastikan pada suhu bilik.
Kemudia campurkan dgn 1/3 doh drp adunan A tadi dan uli rata.
Biarkan tersimpan ditempat panas (dlm almari) hingga doh naik 2X ganda.


Untuk Membuat Roti Choc Spiral

Sediakan loyang untuk membakar roti ukuran 9x5x3 inc sapukan dgn butter ketepikan.
Canaikan doh A bentuk 4 segi tepat ukuran 8x16 inc (ini agak2 aje... maknanyer canai seberapa besar yg doh tu boleh...) ketebalan dlm 1.5 cm dan lebar dia plk biarlah muat2 loyang untuk buat roti.
Canaikan doh B pulak kecil sedikit dari doh A pastikan ukuran tepi 2cm lebih (maknanyer klu kita letak doh B nanti mesti dia ditengah2 doh A dgn ukuran tepi doh A lebih anggaran 2cm)
Sapukan air diatas permukan doh A yg telah dicanai dan ratakan.
Kemudian letakkan doh B diatasnyer tekan sedikit supaya tiada ruang udara.(ita lupa nak tekan masa ni sebab buat dah tgh mlm tu yg nak cepat aje siap... tgk la ita punya byknyer... lubang2 dah boleh buat trowong....hihihi)
Kemudian rolkan kedua2nyer supaya menjadi selinder.
Masukan dlm loyang roti, sapukan minyak diatas permukaannyer dan biarkan roti ni naik 2X ganda lagi. (dlm 45 minit - 1 jam)
Kemudian boleh lah dibakar dlm oven api atas dan bawah pada suhu 200c selama 1/2 jam atau sehingga roti masak

Roti ni sesuai dijadikan sandwitch... coraknyer yg cantik mmg memanggil2 anak2 untuk cepat2 duduk dimeja makan...
Dec 27, 2010

MEE JAWA

Assalamualaikum....
Hari ni ita nak berkongsi satu lagi menu yang ita dan family suka... iaitu Mee Jawa. Walaupun ita ni tak de darah Jawa tapi mee jawa ni mmg fav ita. Actually mee jawa ni kira mcm adik beradik la dgn mee rebus cuma mungkin berlainan bapak kot.... sebab tu ada kelainan sikit... tapi masing2 ada keistemewaan tersendiri...

Kira macam sama tapi tak serupa lah ye... kalau nak tau kan perbezaan nyer... mee jawa ni kita letak udang dan daging yg dihiris nipis. Ia juga dimakan dgn sayur sawi yg dicelur.... rasa dia lemak- lemak manis... emmmm.... dah tak leh nak cerita dah ni dah terkeluak ayak liur.... jom jom ikut ita masuk dapur salin resepi esok jangan lupa buat... eh!!!


MyKitchen's Recipe

MEE JAWA

Bahan A
1 bungkus mee kuning - dicelur
1/2 daging - direbus kemudian dihiris nipis (air rebusan jangan buang nanti nak dibuat kuahnyer)
1 cawan udang - dibuang kepala dan ekor
1 cawan taugeh - dicelur
sayur sawi - dipotong kecil dan dicelur
tauhu - digoreng dan dihiris nipis
telur - direbus
bawang goreng
cili merah - dihiris
3 biji kentang / keledek - dikupas dipotong dadu dan direbus kemudian dikisar halus
2 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa
2 kiub daging.
2 keping asam keping atau asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging

Bahan B dikisar
2 inc halia - dikisar
1 inc lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
* semua bahan diatas dikisar halus kemudian ditapis ambil airnyer sahaja
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
1/2 cawan ikan bilis - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
* air tapisan tadi dicampur dgn bahan diatas kemudian dikisar halus


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan B hingga garing dan harum.
Kemudian masukkan rempah kari yg tlh dibancuh dgn sedikit air. masak lagi hingga garing
Masukkan kentang atau keledek dan air rebusan daging mengikut kepekatan yg diingini.
Masukkan udang , gula melaka, asam keping dan kiub daging masak hingga kuah didih.
Akhir sekali masukan garam dan gula rasakan masam manisnyer.... * mee jawa kuahnyer manis sedikit ye dari mee rebus.... Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat...


Sekarang kuah dah siap boleh lah dimakan bersama  mee, hirisan daging, tauhu, telur, sayur sawi, taugeh, cili merah utk rasa yg lebih pedas dan bawang goreng untuk keriuk...keriuk nyer.... klu suka kuah sedikit masam boleh lah perahkan limau kasturi... utk menambahkan lagi masam manisnyer...
walaweeeiiii!!! sedapnyer.... selamat mencuba...

TORTILLAS

Assalamualaikum.... dan selamat pagi....
Pagi yg ceria... anak2 semua happy... M'sia Boleh! pagi2 dah jerit2 suka betul bila M'sia menang 3-0 dgn Indonesia semalam... tu la klu anak lelaki... kaki bola.... tak habis2 lagi bercerita dari dlm bilik sampai ke meja makan... bola... bola... bola....
Semua dah sarapan... hari ni ita buat Tortillas. Anak2 suka Tortillas ni... biasa tortillas ni dorang buat dlm bentuk kon aiskrim... tapi ita buat ala2 bungkus popia atau kuih ketayap... senang nak makan tak lah berkecah sangat.... intinyer pula ita buat tuna... ala kita bukak tin aje wak.... senang cerita pagi2 ni breakfast kena yg cepat dan mudah... klu tak tak sempat plk nak tanak nasi.... jom masuk dapur kita main masak2 pagi2 ni...


MyKitchen's Recipe

TORTILLAS

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
55gm lemak sayuran / shortening
175 air suam

"DO IT YOURSELF"

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Masukkan shortening dan ramas2kan. Tuangkan air suam dan uli adunan hingga menjadi doh. Tutup dengan plastik dan biarkan lebih kurang 15 minit. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian sama rata dan bentukkan menjadi bebola kecil biarkan lebih kurang 10 minit. (ini klu nak buat dlm bentuk kon.... klu nak buat lipat mcm popia tu... adunan tu bahagi kpd 5 bahagian sahaja sebab kita perlukan tortillas yg besar untuk membungkus...)
Kemudian canaikan doh diantara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 20 cm bulat... btk ala2 mcm lempeng....
Panaskan pan yg tak melekat... (pan yg buat roti jala) keluarkan tortila dr plastik tadi dan masukkan atau letakkan atas pan dan masak tampa minyak selama 1 1/2 minit. Balikkan bila permukaan mula mengelembung... dan masak lagi permukaan yg sebelah lagi selama 11/2 minit juga.
Boleh lah dihidangkan bersama daun salad, cili, tomato , timun dan daging panggang. Paipkan sos ke atasnyer. Gulung dan sedia dinikmati... eemmm...upphhh... mmg sedap...!!



Ita letak tuna aje... untuk breakfast pagi ni... tp klu ikut tekak orang kampung macam ita ni kan... sedap nyer klu makan tortillas ni cicah dgn asam pedas atau kuah kari... eeemmmmpppeeerrrhhh!!! mmg la klu mak mertua lalu pun tak nampak...

* klu nak gulung mcm yg ita buat tu masa panas tu terus gulung klu lambat dia dah mula keras dan akan patah bila kita gulung...
Dec 26, 2010

ROTI NAIK BERINTI KELAPA

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua.... dah sarapan ke belum? Hari2 minggu ni ttu lewat sarapan kan.... klu semalam ita mengapam... hari ni ita menguli la plk... ita buat Roti Naik tapi ita bubuh inti kelapa kat dalam dia sebab anak2 suka inti kelapa... Roti Naik ni adalah roti orang dulu2 seingat ita arwah atuk ita pun rajin buat roti ni... tuk sarapan pagi cicah plk dgn kopi panas2 mmg terangkat... tp masa tu tak terfikir plk nak mintak resepi dr atuk... emmm... tak jenguk pun dapur dia waktu tu... arwah atuk tak suka kita kacau dia masak... ialah orang2 dulu2 kan masak pakai sabut , pakai kayu api tu yg dia tak kasi gi dapur... (eceh...eceh..bg alasan la plk sebenarnyer mmg mls nak kedapur hihihi)

Resepi kali ni ita dapatkan dr sahabat baik di alam siber.... Sasha Rahmat ita pangil dia Cha aje.... walaupun tak pernah bertemu tapi Cha ni mmg tak lokek ilmu masakkan siap tunjukkan kita step by step dlm pembuatan sesuatu masakan tu... tu yg sayang Cha terlebih2 tu.... hihihi... (bodek la tu....) Ita minta izin share resepi kat sini plk ye Cha.....

Jom la ita dah tak sabar nak tunjukkan Roti Naik yg ita buat... jom masuk dapur kita selongkar... tgk ada lagi tak roti yg tinggal....



Tuuudiaaaa.... nampak roti ita tu dah memanggil2 dah tu... nanti sat ita buat air kopi eh!... sementara tunggu ita buat kopi salin la resepi dulu ye!....

MyKitchen's Recipe

ROTI NAIK
By: Sasha Rahmat

Bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik

Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

"DO IT YOURSELF"


  • Mula2 buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, dgn suhunya suam.
  • Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
  • Add bahan A,bahan B & C  dan uli  tepung.
  • Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
  • Biarkan adunan naik
  • Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang...(TAK PERLU TUMBUK..HNY CUIL DAN BULATKAN JADIK DOH KECIK2)
  • Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
  • Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
  • Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti


Cha kata roti ni sesuai juga klu diletak inti... tu yg ita boh inti kelapa... dan design roti ni pun cha yg ajar jugak klu nak tau mcm mana nak buat boleh rujuk kat SINI terima kasih ye Cha.... terima kasih daun keladi dr ita..... 

Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul

"DO IT YOURSELF"

Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.



Dec 25, 2010

APAM GULA MELAKA


Assalamualaikum....
Hari ni ita mengapam la pulak...  Apam yg ita buat kali ni Apam Gula Melaka. Resepi ita ambil kat My Resepi. Resepi dikirimkan oleh rossitamz. Cuma ita tak berapa puas hati dan tertanya2 kenapa apam ita ni tak merekah. Menurut ros apam ini akan merekah bila dikukus.... Tapi tak pe... ita akan cuba lagi... Rasa apam ni mmg sangat sedap... lembut dan gebu walaupun tak merekah...huhuhu...
Ita makan apam ni dgn kelapa yg digaul dgn sedikit garam terasa lemak manis nyer... walaupun sebenarnyer makan mcm tu aje pun dah sedap...!!
Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sungguh baik hati, sudi berkongsi resepi yg sedap ni dgn pengemar2 apam mcm saya ni....
Ita minta izin tuk share resepinyer disini ye....


MyKitchen's Recipe
APAM GULA MELAKA

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

 

"DO IT YOURSELF"

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

* ita dah dpt jawapan kenapa apam ita ni tak merekah... kerana ita tak guna papercup ita guna acuan plastik pas tu leser plk dgn minyak sbb tu tak merekah... so next time take note!

NASI GORENG KAMPUNG

Assalamualaikum...
hari ni ita masak Nasi Goreng Kampung...  masak yg simple dan ringkas2 aje... sebab kepenatan... lagi pun hari ni hari Jumaat yg ita rasakan sangat singkat masanyer... semua perlu cepat... klu tak kelang kabut jadinyer...
Resepi kali ini juga adalah resepi dari buku masakan Chef Hanieliza 1 Hari 1 resepi.... jom la kita lihat bahan2 yg diperlukan....


MyKitchen's Recipe

NASI GORENG KAMPUNG
By: Chef Hanieliza
Sumber: Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
4 cwn nasi sejuk
2 biji telur dipukul sedikit
200 gm kangkung - dipotong pendek
2 sudu makan minyak
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm isi ayam - dihiris nipis
garam secukup rasa

Bahan B - ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili api
2 biji cili merah
1 cwn ikan bilis
1 inc belacan


"DO IT YOUR SELF"
Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk hingga garing dan naik baunyer...
Kemudian masukkan udang, sotong dan daging ayam masak hingga udang, sotong dan daging ayam masak.
Masukkan kangkung dan kacau hingga kangkung sedikit layur.
Masukkan telur, biarkan telur keras sebentar barulah dihancurkan.
Masukkan nasi dan garam secukup rasa dan digaul rata dan mesra.
Hidangkan dgn keropok ikan, timun, ikan bilis dan sambal belacan... fuhhh!!! terangkat...

Dec 24, 2010

AYAM MADU

Satu lagi resepi Chef Hanieliza yg ingin ita kongsikan bersama rakan2... Ayam Madu...
Ayam madu ni rasanyer resepinyer lebih kurang sama dgn ayam masak merah... cuma kita tambahkan madu dlm masakkan ni yg membuatkan ia sedikit istemewa.... kegemaran anak2... tak cukup satu ketul, kadang2 anak2 lg suka meratah ayam madu ni drpd makan dgn nasi... cubalah... pasti tak akan menyesal...
jom2 kita selongkar dapur dan cari resepi....


MyKitchen's Recipe

AYAM MADU
By: Chef Hanieliza
Sumber: Buku Masakkan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
500 gm ayam - dipotong dan dibersihkan
4 sudu makn sos tomato
1 cwn kacang pis (yg ni ita tak letak dah habis stock..hihihi)
1 labu bawang besar dimayang bulat2
3 sudu makan madu
minyak masak
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B - dikisar
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inc halia

Bahan C - utk menumis
4 sekawan
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga



"DO IT YOUR SELF"

Gaulkan ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak ketepikan.
Tinggalkan minyak goreng ayam anggaran 1 senduk , masukkan bahan C dan tumis hingga harum. masukkan bahan B dan tumis hingga garing dan pecah minyak. masukkan ayam , sos tomato, kacang pis , bawang besar dan madu. Tambahkan garam secukup rasa dan digaul mesra.
Apabila sudah pekat dan sedikit kering... sedia dihidangkan bersama Nasi Briani dan Daging Masak  Prun walaweiii!!! sedap tu...

DAGING MASAK PRUN

inilah lauk daging masak prun yg ita makan bersama nasi beriani... sedap sangat resepi dr Chef Hanieliza ni... terasa masam manisnyer... sungguh menyelerakan.....
Kepada kawan2 yg nak merasa keenakkan lauk ni.... ita akan share resepi nyer disini... cubalah mmg gerenti... sedap!!!
sesekali kita bertukar citarasa... tak lah asik makan dgn lauk kurma aje kan... jom la ikut ika kedapur... sambil cuci mata sebab semuanyer dah selesai... tu pun tak cukup.... kesian anak2 tak dpt merasa tak pe nanti mak masak lagi..eh!



MyKitchen's Recepi

DAGING MASAK PRUN
By: Chef Hanieliza
Sumber: Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
600 gm daging - dipotong
1/2 cwn buah prun - dibuang bijinyer dan dikisar halus
5 sudu makan sos tomato
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan minyak masak
1/2 cwn air
garam secukup rasa
daun kari

Bahan B - dikisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inc halia



"DO IT YOURSELF"
Daging dibasuh bersih digaul dgn sos tomato, rempah kari, cili kisar dan kicap pekat.
panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Kacau rata dan masak hingga daging empuk.
Masukkan buah prun yg telah dikisar halus dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat. Siap untuk dihidangkan....
AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.