Sunday, October 31, 2010

NASI GORENG CILI KERING


NASI GORENG CILI KERING

Nasi goreng ni mmg menjadi kesukaan kami sekeluarga. Mak selalu buatkan kami nasi goreng ni untuk sarapan pagi. Kalau nasi semalam tak habis dimakan esok mak akan buat nasi goreng sayang.. katanya nak buang nasi tu...

MyKitchen Recipe

  • 10 tangkai cili kering -  kalau suka pedas boleh tambah
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc belacan
  • secekut ikan bilis - direndam
Semua bahan di atas di kisar halus

  • 2 sudu makan minyak utk menumis
  • ikan bilis digoreng
  • 2 mangkok nasi
  • 1 biji telur
  • secubit garam, gula dan serbuk perasa

"DO IT YOUR SELF"

Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan nasi dan kacau rata. Setelah rata dan masak tutup api. Akhir sekali barulah masukkan ikan bilis.

KUETIAU GORENG

MI

KUETIAU GORENG

Kuetiau goreng ni mmg fav hubby ita lebih2 lagi klu letak kerang mmm... mmg licin pinggan.. Resepi ini ita ambil dari buku resepi Senangnya Memasak oleh Chef Hanieliza jom kita lihat apa bahan2 yg digunakan...

MyKitchen Recipe

  • 500 gm kuetiau
  • 300 gm udang -dibuang kulit
  • 1 ikat daun kucai - dipotong 1 inc
  • 1 cwn tauge
  • 1 kpg tauhu basah - digoreng dan dipotong kecil
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dikisar (ini ita tambah)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili (ini ita tambah)
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato dipotong kecil
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar , bawang merah yg telah dikisar dan kicap pekat. Masukkan udang, sos tomato dan sedikit air. Kemudian kacau rata. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. kacau rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

SAGO PENGAT PISANG


SAGO PENGAT PISANG

Resepi ni ita dapat dari mak. Mak mmg suka manis2 so klu ada yg nak cuba resepi ni and tak suka manis blh kurangkan gulanya.. Jom kita lihat resepinya..

MyKitchen Recipe

  • 1 sikat pisang nipah
  • 1 biji santan kelapa - ita guna santan kotak aje..
  • 2 gelas air - klu pekat sangat boleh tambah air lagi
  • 1 1/2 buku gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • secubit garam
  • segengam sago biji
"DO IT YOUR SELF"

Masak gula melaka dgn air dan daun pandan sampai gula larut. Kemudian tapis. Masak santan dgn daun pandan dan secubit garam. Pastikan santan sentiasa di kacau kerana santan mudah pecah minyak. Setelah mendidih masukkan air gula melaka tadi dan kacau perlahan. Kemudian masukkan pisang yg telah dipotong2. Sago biji dibasuh , kemudian dimasak hingga kembang dan masukkan dlm pengat tadi. Pengat pisang siap untuk dihidangkan.

TRIFFLE CUSTARD


TRIFFLE CUSTARD

Resepi ni ita dpt dari kakak ipar ita yg mmg pakar memasak... Sedap sangat Tiffle custard ni.. TQ kak yati sebab kongsi resepi yg mudah dan sedap ni..

MyKitchen's Receipe

  • 1 buku kek coklat - dipotong2
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn tpg custard
  • 1 tin buah2an campuran
  • gula ikut rasa
  • 1 kotak jelly nona
  • 1 tin air - ikut sukatan tin susu

"DO IT YOUR SELF"

Susun kek coklat dlm bekas kaca lut sinar.
Buah campuran di toskan airnyer.
Air buah campuran tadi disiram atas kek.
masak susu dgn air dan gula.
bancuh tpg custard dgn air. Bila susu sudah didih tuangkan kastard sedikit-demi sedikit hingga pekat tp lembut. Tuangkan kastard atas kek coklat td.
Taburkan buah dlm tin dan biarkan sejuk.
masak jelly ikut sukatan pada kotak. Tuang atas adunan kastard tadi. Biarkan sejuk dan masukkan dlm peti ice.



Saturday, October 30, 2010

NASI LEMAK

NASI LEMAK
Orang Johor pasti tak kan lupa masakkan istemewa ni. Klu gi mana2 warong pun pasti nasi lemak salah satu menu istimewa... Rasa penyediaannya lebih kurang sama. Nasi lemak ita ni adalah resepi dr emak. Klu buat nasi lemak, mak suka letak sedikit halba. bau dan aromanya... peeehhh mmg tak boleh tahan...

MyKitchen's Recipe

  • 1 kg beras - dibasuh dan ditoskan airnya (biasanya jumlah sukatan beras bergantung kepada anda).
  • air santan cair - jumlah sukatan beras sama dgn sukatan air (1cwn beras = 1 cwn air santan)
  • 1 inc halia dititik
  • 3 ulas bwg merah - dihiris
  • 2 ulas bwg putih - dihiris
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 helai daun pandan di simpul.

"DO IT YOUR SELF"

Masukkan semua bahan dlm periuk nasi dan masak. Bila masak kacau dan ratakan nasik tutup semula periuk nasik dan masak sepenuhnya hingga kering.
Nasi Lemak ni dimakan bersama sambal tumis, telur, ikan bilis, kacang goreng dan timun.

KASTARD JAGUNG BERKUAH

KASTARD JAGUNG BERKUAH
Family ita mmg suka makan puding, and ita selalu akan buat puding ni bila ada jamuan ata bila tekak ni terasa nak makan.... resepi ni ita dapat dari mak cik ita yg mmg pakar memasak... terima kasih mak cik...

MyKitchen's Recipe

Bahan2 Utk Kastard

  • 1 cwn tpg kastard
  • 4 cwn air
  • 1 sudu besar serbuk agar2
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 tin jagung kremer

Masak agar2 dgn air sampai hancur, masukkan tpg kastard (bancuh dgn sedikit air) , gula dan jagung. Masak atas api yg sederhana dan terus mengacau sampai adunan pekat dan berkilat. Tuang dlm acu atau loyang dan biarkan sejuk sebentar sebelum di sejukkan dlm peti ais.

Bahan2 Utk Kuahnya

  • 1 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 tin fruit coctail  atau longan.
  • 1/2 tin jagung biji

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk. Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar masukkan fruit coctail atau longan dan jagung, kemudian masukkan kastard.

Friday, October 29, 2010

SERI MUKA


KUIH SERI MUKA

Resepi kuih ni ita dpt dari mak, kuih org dulu2 tak sama dgn kita skrg.. mungkin ada sedikit perbezaan dari segi bahan dan cara ia di buat...  apa ye bahan yg mak gunakan jom kita intai2

MyKitchen's Resipe

Utk bahagian bawah
2 cwn beras pulut - direndam (biasanyer ita rendam semalaman)
3 sudu kelapa parut - putih saja
secubit garam

Masukkan pulut dlm periuk nasi dan tanak mcm masak nasi ( sukatan 1cwn pulut=1cwn air)
Gaulkan kelapa parut dgn garam. Setelah pulut masak gaulkan pulut dgn kelapa td hingga rata. Ambil loyang alas kan dgn plastik, oleskan dgn minyak masak dan masukkan pulut td ke dlmnyer ratakan. Tekan pulut hingga padat dan mampat. Kemudian masukkan dlm kukus dan kukus selama 15 minit.

Utk bahagian atas
2 cwn tpg gandum
2 cwn gula - dimasak bersama daun pandan dan sedikit air
2 biji telur - di buang tali pusat
secubit garam
1 biji santan kelapa
beberapa helai daun pandan - diblend dgn air kemudian tapis ambil airnyer saja.
pewarna hijau
pandan emulco

Blend tpg, telur dan garam dgn santan. masukkan air daun pandan dan gula. Masukkan pewarna hijau dan pandan emulco . Masak bahan ini atas dapur hingga bahan menjadi sedikit pekat. Tuangkan bahan atas pulut td dan kukus....
* Sukatan ini adalah untuk 2 loyang 8' klu nak buat utk satu loyang bahannya hendaklah di bahagi 2.

Thursday, October 28, 2010

APAM PISANG COKLAT


APAM PISANG COKLAT

Ita mmg suka apam pisang dan coklat... bila dah bergabung mcm ni lg la bertambah2 suka.... Sebenarnyer resepi ni ita skodeng dari my resepi... tp tuan punya nama terlupa la plk... minta maaf tuan punya resepi... harap halalkan resepi ni yer.... tp mmg marvelousss... lembut dan gebu... jgn badan bertambah2 gebu sudah la ye...

MyKitchen's Resipe

2 cwn tpg gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
    (semua bahan diatas diayak bersama)

    1 sudu teh garam
    1 cwn pisang emas dilecek
    1 cwn minyak masak
    1 1/2 cwn gula perang
    2 biji telur dipukul

    "DO IT YOUR SELF"
    Pukul telur.
    Masukkan bahan yg tlh diayak ke dlm mangkuk. Kemudian masukkan pisang, minyak, gula, garam dan kacau sebati. Panaskan kukusan. Masukkan adunan dlm cawan kecil dan kukus selama 1/2 jam. Pastikan kukusan telah betul2 panas dan didih.

    NAGASARI NANGKA


    NAGASARI NANGKA

    Dah berminggu2 cari nangka dan akhirnyer dapat juga.....  jom kita ke dapur buat kuih...

    MyKitchen's Recipe

    • 1 bungkus tepung beras - gajah tiga
    • 2 cwn tpg ubi
    • 2 sudu teh garam
    • 1/2 kg gula 
    • 1 biji santan kelapa dijadikan 2 jug santan cair
    • daun pandan disimpul
    • Nangka - dipotong dadu

    "DO IT YOUR SELF"

    Blend tpg beras, tpg ubi,gula dan garam dgn 2 jug santan. Masukkan dalam periuk, letak daun pandan dan masak atas api hingga pekat dan likat (sampai dah tak boleh nak kacau dah...) Pastikan bahan ini sentiasa dikacau kerana ia akan bergentel2 jika tidak dikacau. Setelah siap ketepikan sebentar.Biarkan sejuk sebentar.
    Panaskan kukusan. Masukkan adunan tadi dlm cup kecil yg tlh dioles dgn minyak makan dlm 3/4 acuan. Kemudian letakkan nangka, penuhkan semula dgn adunan dan bolehlah mengukus. Anggaran mengukus selama 15 minit.

    * Adunan ni agak banyak, jika nak buat utk makan family aje bolehlah dibuat 1/2 adunan sahaja.
    Boleh juga dibungkus dgn daun pisang. Selain dari nangka boleh juga gunakan pisang nipah.. pisang yg lain ada kurenggg sikit. Klu bubuh dlm cup jgn letak pisang sebab pisang ni cepat lebam.

    Tuesday, October 26, 2010

    ROJAK MEE



    ROJAK MEE

    Rojak mee ni sebenarnyer makanan kegemaran ayah ita. Mak selalu buatkan. Hari ni rasa teringin nak makan pulak... Jom ikut ita ke dapur kita lihat apa bahan yg mak pakai....

    MyKitchen's Recipe

    5 biji kentang - dihiris, digoreng dan dikisar halus
    8 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    15 tangkai cili kering
    1 inc halia
    1 inc belacan
    1 cawan udang kering - direndam
    1 cawan air asam jawa
    3 sudu besar kacang tanah - ditumbuk
    1 buku gula melaka - dicairkan
    garam dan gula secukup rasa

    "DO IT YOUR SELF"

    Kentang dikupas kulitnya, dihiris, digoreng dan di blend halus.
    Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, belacan dan udang kering dikisar halus. Kemudian ditumis sampai harum dan garing. Kemudian masukkan kentang yamg telah diblend tadi. Biar seketika. Masukkan air asam jawa dan air gula melaka biar ia masak dan didih. Akhir sekali masukkan garam, gula dan kacang tanah. Rasakan masam,manis dan lemaknyer.





    Rojak mee ni juga dimakan bersama jemput2 udang, taugeh yg telah dicelur, sengkuang dihiris, timun dihiris, tauhu goreng, telur rebus, kentang yg digoreng dadu dan mee kuning yg dicelur. Kalau tak suka mee kuning boleh juga digantikan dgn spagetti.

    Sunday, October 24, 2010

    KEK CAWAN CHOC CADBURY





    KEK CAWAN CHOC CADBURY

    Masa balik kampung hari tu adik ipar ada buat kek choc. Sedapnyer rasa kek dia rasa macam nak habiskan aje... tapi malu la pulak... ita mmg suka sangat kek choc... Pas tu mintak la resepi kat adik. Tapi ita ada tokok tambah sikit... ita letakkan filling and buat dlm paper cup yg comel jom kita sekodeng apa resepinyer...

    MyKithcen's Recipe

    • 1 Mug butter - boleh juga junakan planta atau minyak Mazola
    • 1 Mug gula halus
    • 1 Mug telur
    • 1 Mug tepung naik sendiri
    • 1 Mug choc debu Vanhouten
    • 1/2 Mug susu pekat manis
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 cwn air panas
    • Choc Cadbury yang kecil

    "DO IT YOURSELF"

    Pukul telur dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan dan pukul lagi sampai putih gebu. Masukkan susu, tepung, choc dan esen vanila. Kacau rata. Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas. Setelah adunan siap kek sedia untuk dikukus. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup kemudian masukkan choc Cadbury dan penuhkan semula paper cup dengan adunan tadi. Setelah air mendidih kek bolehlah mula dikukus lebih kurang 15 minit.

    BUBUR DURIAN



    BUBUR DURIAN

       Dalili ni macam2 yang dia mintak. Hari ni dia minta ayahnya belikan durian. Ita memang tak suka durian baunya saja dah memeningkan kepala. Sekali ayahnya balik bawak tiga biji durian banyaknya siapa nak makan pulak si bujang semua tiada kat asrama. Dalili makan sebijik lebih ni nak buat apa ek... timbul pulak idea nak buat bubur kacang. Boleh buat minum petang dan bagi kat jiran-jiran...

    MyKitchen's Recipe


        •     kacang hijau
        •    1 biji santan
        •    1 buku gula melaka
        •    daun pandan
        •    secubit garam
        •    durian


    "DO IT YOURSELF"

    Masak gula melaka dengan air dan daun pandan. Dalam periuk yg berlainan masak kacang hingga pecah dan sedikit kembang. Kemudian masukkan santan daun pandan dan secubit garam masak hingga didih. Selepas itu masukkan air gula melaka. Pastikan anda menapis dahulu kerana banyak terdapat harta karun di dalamnyer... hihihi
    setelah siap barulah masukkan durian



    Bubur durian juga sedap di makan bersama Vanilla ice cream so yummy!!!...

    KUIH KOSUI



    KUIH KOSUI

    Kuih ini mengamit seribu memori buat ita. Masa kecik2 dulu ita selalu tolong mak jual kuih ni. Kadang2 Mak hantar kuih ni kak warong Mak Long untuk dijual. Dengan hasil titik peluh membuat dan menjual kuih ini jugalah kita adik beradik dibesarkan.

    Sekarang kuih ni menjadi kegemaran puteriku Dalili. Dah berapa hari Dalili merengek minta dibuatkan kuih ni...
    Resepi kuih ni adalah dari ibuku tersayang.... disebabkan kuih ni adalah untuk buat jualan maka sukatan bahan2 nya agak banyak. Oleh itu kalu ada sesiapa yg berminat untuk mengikut resepi mak ita ni boleh la sukatan bahannya dibahagi dua...


    MyKitchen's Recipe


        •    1 kg tepung gandum
        •    2 cawan tepung ubi
        •    1 sudu makan kapur di cairkan dengan air (klu satu sudu makan tu diratakan)
        •    kesemua bahan di atas dibancuh dengan air dan kemudian diblend.
        •    1 helai daun pandan
        •    1 kg gula pasir
        •    RM 2 gula timbang atau gula merah 
    (pilih gula yg warnanya hitam supaya mendapat  warna kuih yg cantik tampa letak pewarna)




    "DO IT YOURSELF"

    Masak gula timbang dengan air dan daun pandan hingga gula larut. Setelah gula cair tapis dan biarkan seketika.
    Kemudian masukkan air gula tadi kedalam adunan bahan yang telah diblend tadi dan kacau rata. Masukkan bancuhan ini dalam acuan.
    Panaskan kukusan dan kukus kuih ini anggaran 15 minit. Bila kuih ini naik mengelembung  atau berbuih di atas ini bermakna kuih ini telah masak.

    *sukatan  utk kuih ni banyak so klu utk makan family boleh bahagi 2 sukatannya.
    kuih kosui ni dimakan bersama kelapa parut yg di gaul dgn sedikit garam. Pilih kelapa yg muda.

    PUDING ROTI CARAMEL



    PUDING ROTI CARAMEL

    Sebenarnya dah lama ita cari resepi Puding Roti Caramel ni, sebab hubby ita suka sanggat makan puding roti ni. First time makan kat hotel hubby terus jatuh hati... tula ita cuba dapatkan resepi ni dari pelbagai sumber... 

    At last dapat juga buatkan hubby... rasa seronok sangat bila tengok suami makan hasil tangan kita kan...

    Thanks to kak yati and a few fren yg telah berkongsi resepi ni... tapi ita ubah and tokok tambah sikit ikut kegemaran suami dan inilah hasilnya....



    MyKitchen's Recipe

        •    3 sudu gula pasir utk buat gula hangus
        •    8 kpg roti di carik2 atau potong kecil2
        •    1 tin susu pekat manis
        •    1 tin susu UHT (pakai sukatan tin susu pekat manis tadi) klu tak ada susu UHT susu cair pun boleh
        •    majerin - sapu pd roti sblm roti di potong
        •    5 biji telur
        •    2 sudu perisa vanila (pakai tutup btl vanila pon blh)
        •    nenas dlm tin di potong kiub
        •    chery hijau n merah
        •    sedikit kismis


    "DO IT YOURSELF"
    Tabur gula dlm loyang ( ini adalah proses untuk membuat gula hangus ) dan letak atas dapur bila dah cair biarkan sebentar.
    Pukul semua bahan kecuali roti, nenas, chery n kismis. Pukul dengan perlahan sahaja jangan sampai berbuih.
    Masukkan sedikit dlm loyang gula hangus td selepas tu susun roti, taburkan nenas, chery n kismis kemudian masukkan lagi bahan tadi dan ulang hingga habis.  Biarkan sekejap hingga roti dah serap dan bolehlah mula mengukus.  Kukus selama 45 minit.
    Sesudah puding  masak biarkan sejuk sebentar.
     Akhir sekali masukkan dlm peti ais.
    Puding ni sedap sekali jika dimakan bersama caremel sos ataupun castard sos. Boleh dimakan ketika sejuk atau pun panas. Cuma jika panas susah sikit nak keluarkan dari loyang alatnyer kena korek pakai sudu aje le...

    APAM MEKAR



    APAM MEKAR

    Sebab ramai rakan2 dah mencuba buat apam mekar ni hati ni pun terpanggil2 nak membuatnyer jugak. Berdebar2 jugak la rasa takut tak menjadi maklumlah baru first time buat. Alhamdulillah akhirnyer menjadi jugak....
     
    Resepi apam mekar ni sebenarnya ita dapat kat Kongsi Resepi kat FB. Di sini ita ingin kongsikan bersama resepi apam ni. Rasanya juga sedap tak seperti apam eno yg macam sponge. Apam ni agak padu dan comel....

     
    MyKitchen's Recipe
        •    250 gm tepung gandum
        •    230 gm gula castor
        •    2 biji telur
        •    1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
        •    1 sudu teh esen vanila
        •    1 sudu teh ovalette
        •    sedikit pewarna kegemaran


    "DO IT YOURSELF"


    Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.  Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.  Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit.  Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nantik cantik dan mekar.