Follow if you like

Dec 14, 2010

UDANG LELANDAK

ini bukan anak landak atau bapak landak ye... tgk betul2 ni udang tau!... Udang Lelandak nama diberi munkin sebab berbulu dan berduri macam landak kot... tak pe la janji sedap... dan anak2 suka...  Nak tau kat mana ita dapat resepi ni.... hahaha ita dapat dari buku masak Rasa Enak Ideal, banyak jugak resepi dalam buku ni... semua nampak sedap! nanti ita cuba satu persatu... ok kita tgk yg ni dulu ye!


MyKitchen's Recipe

UDANG LELANDAK
Source : Buku Masakkan Rasa Enak Ideal

Bahan A
300 gm udang besar - dipotong bahagian kepalanyer yg tajam, dibersihkan dan toskan
100 ml susu cair
2 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil serbuk cili

Bahan B
100 gm kelapa parut - putih sahaja
sedikit putih telur - bergantung pada banyaknyer udang
sedikit tepung jagung - bergantung pada banyaknyer udang
secubit garam
1 sudu teh serbuk lada sulah



"DO IT YOUR SELF"

Perap udang bersama susu sejat, bahan yg dikisar, kunyit dan cili serbuk selama 30 minit
Gaulkan kelapa parut bersama garam dan serbuk lada sulah ketepikan.
Celup udang kedlm putih telur
Kemudian golekkan ke dalam tepung jagung.
Selepas itu celup semula dalam putih telur.
Dan kemudian gaulkan dgn kelapa tadi.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan boleh lah dihidangkan dgn nasi atau dimakan besama sos kegemaran.

No comments:

Powered by Blogger.