Follow if you like

Dec 27, 2010

TORTILLAS

Assalamualaikum.... dan selamat pagi....
Pagi yg ceria... anak2 semua happy... M'sia Boleh! pagi2 dah jerit2 suka betul bila M'sia menang 3-0 dgn Indonesia semalam... tu la klu anak lelaki... kaki bola.... tak habis2 lagi bercerita dari dlm bilik sampai ke meja makan... bola... bola... bola....
Semua dah sarapan... hari ni ita buat Tortillas. Anak2 suka Tortillas ni... biasa tortillas ni dorang buat dlm bentuk kon aiskrim... tapi ita buat ala2 bungkus popia atau kuih ketayap... senang nak makan tak lah berkecah sangat.... intinyer pula ita buat tuna... ala kita bukak tin aje wak.... senang cerita pagi2 ni breakfast kena yg cepat dan mudah... klu tak tak sempat plk nak tanak nasi.... jom masuk dapur kita main masak2 pagi2 ni...


MyKitchen's Recipe

TORTILLAS

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
55gm lemak sayuran / shortening
175 air suam

"DO IT YOURSELF"

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Masukkan shortening dan ramas2kan. Tuangkan air suam dan uli adunan hingga menjadi doh. Tutup dengan plastik dan biarkan lebih kurang 15 minit. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian sama rata dan bentukkan menjadi bebola kecil biarkan lebih kurang 10 minit. (ini klu nak buat dlm bentuk kon.... klu nak buat lipat mcm popia tu... adunan tu bahagi kpd 5 bahagian sahaja sebab kita perlukan tortillas yg besar untuk membungkus...)
Kemudian canaikan doh diantara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 20 cm bulat... btk ala2 mcm lempeng....
Panaskan pan yg tak melekat... (pan yg buat roti jala) keluarkan tortila dr plastik tadi dan masukkan atau letakkan atas pan dan masak tampa minyak selama 1 1/2 minit. Balikkan bila permukaan mula mengelembung... dan masak lagi permukaan yg sebelah lagi selama 11/2 minit juga.
Boleh lah dihidangkan bersama daun salad, cili, tomato , timun dan daging panggang. Paipkan sos ke atasnyer. Gulung dan sedia dinikmati... eemmm...upphhh... mmg sedap...!!



Ita letak tuna aje... untuk breakfast pagi ni... tp klu ikut tekak orang kampung macam ita ni kan... sedap nyer klu makan tortillas ni cicah dgn asam pedas atau kuah kari... eeemmmmpppeeerrrhhh!!! mmg la klu mak mertua lalu pun tak nampak...

* klu nak gulung mcm yg ita buat tu masa panas tu terus gulung klu lambat dia dah mula keras dan akan patah bila kita gulung...

1 comment:

izahdaut said...

cantikk tortila tu,,mcm yg kepci punya..ehehe

Powered by Blogger.