Follow if you like

Dec 13, 2010

TAUHU SOS TIRAM

Assalamualaikum...
hari ni ita masak beberapa menu tuk makan tengahari ni jom la kita tengok satu persatu... apa yg ita sajikan utk keluarga hari ni... nak jemput makan pun semuanyer dah selesai... kita cuci mata aje la ye!...

MyKitchen's Recipe

TAUHU SOS TIRAM

1 kpg tahu lembut yg besar
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh stock ayam
daun bawang dihiris halus
air secukupnyer
minyak utk menumis
cili merah dihiris
bawang goreng


"DO IT YOURSELF"

Kukus tauhu selama 5 minit angkat dan ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga harum. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, dan air secukuopnyer dan kacau hingga mendidih. masukkan stock ayam, minyak bijan dan garam secukup rasa.  kacau hingga pekat. Angkat dan tuang ke atas tauhu tadi. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili.

2 comments:

Halena said...

kak ita.. sy nak tanya skit la.. tauhu tu masa kukus dah keluar dr bekas dia ker.. mcm mana nak kluarkan tauhu tu cantik jer dr bekas dia sbb slalu sy kluarkan mesti pecah.. tq

phantageerow said...

rasanye kena terbalikkan aje ke pinggan, n terus masukkan dlm tempat pengukus...

Powered by Blogger.