Tuesday, December 21, 2010

STEAMED OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum....
Petang tadi sewaktu merayau2 cari resepi ita tertarik dgn resepi Steamed Oreo Cheesecake dekat Kongsi Resepi discussion. Resepi dikirimkan oleh Ainul Fitri. Apalagi ita pun terus la mengodek2 kat dapur dan ini lah hasilnyer... tarrrraaaa.....


Terima kasih pada tuan empunyer resepi yg sudi berkongsi resepi kek yg lembut dan gebu ni... hubby ita suka sangat... (mesti la suka sbb letak nescafe!!  hihihi)  Ita minta izin share resepi ni disini ye... untuk rujukan kawan2, anak2 dan adik2.


MyKitchen's Recipe

STEMED OREO CHEESECAKE
By: Ainul Fitri

4 Eggs - separated
100g Caster Sugar
250g Cream Cheese
160g Evaporated Milk
110g Superfine Flour
1 tsp Vanilla Essence
1½ tsp Nescafe + 1 tsp water
1 tbsp Browning / Choc Emulco
10 pcs Oreo cookies - crushed 
"DO IT YOUR SELF"
Beat egg whites until soft peak & gradually add half of the sugar. Beat until stiff. 
Beat cream cheese with the remaining sugar until smooth. 
Add in egg yolk gradually while beating until smooth.  
Add in flour & milk alternately - mix well.  
Add in vanilla essence.  
Lastly mix in white egg mixture.  
Take some portion & add in nescafe & browning.  
Grease & line tin.  
Pour in some white batter & sprinkle some crushed oreos.  
Scatter few dollops of coffee batter. Cover with white batter & repeat until finished.  
Marble the top with coffee batter.  
Steam for 30 minutes.

      4 biji telur - asingkan kuning dan putih
      100 gm gula caster
      250 gm cream cheese 
      160 gm susu cair
      110 gm tepung halus lagi putih
      1 sudu teh esen vanila
      1 1/2 sudu teh nescafe + 1 sudu besar air panas ( larutkan)
      1 sudu besar coklat emulco
      10 keping oreo - hancurkan


      Pukul putih telur hingga bertanduk, masukkan 1/2 gula dan pukul hingga kaku ( kalau diterbalikkan bekas, adunan tu tak jatuh)
      Dalam bekas lain, pukul cream cheese dgn baki gula hingga lembut.
      Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga lembut.
      Masukkan susu dan tepung sedikit2 dan berselang seli. ( masuk tepung sikit pas tu masuk susu, pas tu masuk tepung lagi dan masuk susu begitulah hingga habis akhir dgn tepung) kacau rata.
      Masukkan esen vanila kacau rata.
      Akhir sekali masukkan 1/3 dari putih telur ke dlm adunan kuning telur tadi. Kacau rata menggunakan kaedah kaup balik. Setelah rata Tuangkan baki putih telur dan kaup balik semula hingga rata.
      Ambil sedikit adunan dan campurkan dgn nescafe dan coklat emulco.
      Sediakan loyang 8" griskan dgn butter dan alas dasar loyang dgn kertas minyak.
      Tuangkan selapis adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan oreo kisar tadi, Kemudian tuangkan adunan nescafe dan tuang selapis lagi adunan, tabur oreo dan selapis nescafe lagi begitulah berselang seli sehingga habis.
      Permukaan yg akhir sekali mestilah adunan nescafe
       Kemudian kukus adunan selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnyer.




      3 comments:

      Yatie said...

      Salam Ita,
      Tak sabar nak buat kek ni..cantiklah kek Ita ni...mengoda betul dan buat Yatie betul2 tergoda tau...Yatie mmng suka kek yg kukus...moist jek..

      beyl said...

      salam kak, tumpang tanye..ntk resipi neh, oreo tuh crush ngan cream die skali ke nak amek biskutnye je? maceh!

      Sue Helmy said...

      mcm best jew..kebetulan plk oven kte rosak...mmg tgh mencari2 resepi yg pakai steam je...thanks 4 da recipe :)