Follow if you like

Dec 15, 2010

RENDANG BEBOLA DAGING BEREMPAH

Ini juga adalah salah satu lauk yg kami  makan bersama Nasi Bawang dan Ayam Goreng Lemon tadi. Sebenarnyer resepi asal adalah Rendang Daging Kambing Berempah  dari buku masakan Lauk Melayu. Tapi sebab tak de kambing yg ada hanya bebola daging aje.... tu yg terjadinyer Rendang Bebola Daging Berempah hihihi pandai2 aje mengubah... apa ada hal kan kita yg buat dia... janji boleh dimakan dan yg ptg sedap. Jom la kita kedapur....

MyKitchen's Recipe

RENDANG BEBOLA DAGING BEREMPAH
Source: Buku Masakan Lauk Melayu

Bahan A
1 kg bebola daging
1 biji kelapa ambil santan pertama dan santan kedua
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau perut
3 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur (asam keping) - yg ini ita tambah
1/2 cwn minyak masak

Bahan B - dicampur bersama
150 gm pes cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan C - dikisar
2 inc lengkuas
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inc kunyit hidup

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak masak dlm kuali dan goreng bahan B sehingga berbau harum. masukkan bahan C dan kacau sebati.
Masukkan bebola daging, santan pertama, daun kunyit, daun limau perut, asam keping dan santan kedua. Akhir sekali masukkan kerisik rasakan masin, masam dan manisnyer.  Kacau hingga sebati, kuah pekat dan sedikit kering.

* Santan pertama tidak dicampur dgn air manakala santan kedua telah dicampur dgn air.

No comments:

Powered by Blogger.