Follow if you like

Dec 14, 2010

NASI GORENG TOM YUM

Assalamualaikum...
selamat pagi semua... dah sarapan ke belum?.. kpd yg tgh bersarapan selamat menjamu selera kpd yg belum bersarapan pergilah bersarapan.... jgn biarkan perut tu kosong kang masuk angin susah....plk!
diet.. diet jugak tp sarapan kena juga ambil sebab kita perlukan banyak tenaga.. utk melakukan aktiviti seharian... alas perut pun tak apa... jgn tak makan langsung... tak baik tuk kesihatan...
Ok berbalik pada menu hari ni... sarapan ita hari ni Nasi Goreng Tom Yum... resepi masakan yg cukup simple sesuai sangat tuk sarapan pagi atau makan malam.... semua lengkap dgn sumber kaborhaidrat, protin dan vitaminnyer...
kepada yg berkerja... klu dah sampai rumah tu ttu penat kan... ha ini menu paling cepat mudah dan ringkas tuk disediakan sebagai hidangan makan mlm juga... jom masuk dapur ita tunjukkan cara yg mudah tuk menyediakan hidangan ni...


MyKitchen's Recipe

NASI GORENG TOM YUM

1 mangkuk nasi
beberapa ekor udang atau sotong
1 cawan daging , atau ayam di hiris nipis
kobis dihiris halus
karot dipotong dadu
daun ketumbar dimayang halus
2 biji telur
cili merah dihiris
garam secukup rasa

Bahan Untuk Menumis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 peket perencah Tom Yum (peket kecil)
1 sudu besar sos tiram


"DO IT YOUESELF"

Panaskan 2 sudu makan minyak dlm kuali.  Pecahkan telur dan goreng hancur ketepikan. Tumiskan bawang hingga layur. Masukkan perencah tom yum dan sos tiram dan masak hingga naik bau. Masukkan daging dan udang dan masak hingga daging dan udang empuk. Masukkan garam secukup rasa.Masukkan karot dan kacau rata. Masukkan nasi dan gaul mesra. Kemudian barulah masukkan kobis, telur, cili merah dan daun ketumbar. Siap tuk dihidangkan...

1 comment:

Amanda Musa said...

Kak Ita,
Kalau tak letak daun ketumbar tu boleh tak?

Powered by Blogger.