Follow if you like

Dec 15, 2010

NASI BAWANG

Assalamualaikum...
Hari ni ita masak Nasi Bawang untuk menjamu keluarga... Bila ita selak2 buku masak ita ternampak menu nasi bawang ni klu tak silap ita menu ni kepunyaan Chef Wan tukang masak popular yg ita kagumi..tu. Ita salin resepi ni masa beliau masak dlm satu rancangan masak kat TV dulu... lama dah ita peram resepi ni... rancangan TV tu pun dah lama masa anak kecik2 lagi...pernah cuba dulu... sedap tu yg teringin nak makan.... so ita masaklah hari ni jom kita tgk bahan2nyer...


MyKitchen's Recipe

NASI BAWANG
3 ulas bawang besar dihiris
3 sudu besar planta

Bahan B 
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inc halia - dihiris
1 sudu besar rempah kurma
1 helai daun pandan
3 biji buah keras dikisar
4 cwn air
3 cawan beras basmathi - dicuci dan toskan
1 cwn susu cair

Bahan C
1 camca garam
1 pokok daun ketumbar - dihiris
2 batang cili hijau - dihiris

"DO IT YOUR SELF"
Panaskan planta dlm periuk, masukkan bawang besar dan masak sampai garing (mcm bawang goreng). Angkat dan ketepikan. Tumis bahan yg dihiris pula (dlm Bhn B) masukkan buah keras , rempah kurma, daun pandan, air, susu dan garam masak hingga didih. Masukkan beras basmathi , tutup periuk dan tanak hingga kering. Kemudian masukkan bawang goreng, daun ketumbar dan cili hijau kacau rata. Ambil sedikit planta dan tompok2 atas nasi dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnyer.

No comments:

Powered by Blogger.