Follow if you like

Dec 2, 2010

NASI AYAM

Nasi Ayam Chef Wan

Makan tengahari dgn Nasi Ayam resepi Chef Wan walaweiiiii sedap... tu!!!... jom cuba sedap tau!... mmg la sedap... resepi siapa... my fav chef... tukang masak terkenal dan popular....
Resepi ni ita gi skodeng kat umah Kak Ummi Home Sweet Home 
nak jugak merasa air tangan Chef Wan ni... mmg cfrm sedap... kak ita cnp kat sini eh... nanti ita nak wat lg.... TQ kak

 
Nasi Ayam

NASI AYAM CHEF WAN
Sumber: Nur @ Fiqah99
ita cnp dari: Kak Ummi

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 1/2 cawan marjerin (akak tukar mentega)
  • 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
  • 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
Cara-Cara:-
  1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)

 Ayam Bakar

Cara menyediakan ayam:-
  • 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
  • Garam
  • Lada hitam yang baru dikisar
  • 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar marjerin
Cara-Cara:-
  1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
  2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
  3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

 sos lada

Bahan Sos Lada kak ummi
  • 5 - 6 biji cili merah
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 inci halia - diketuk
Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.
Sup ayam

Utk sup air rebusan ayam yg tuk masak nasi tu ita ambil separuh tuk buat sup. Letak sup bunjut, kiub ayam, kentang dan karot.

3 comments:

Nuridah said...

Salam ziarah dan kenal,

terima kasih ya sudi cuba resipi nasi ayam chef wan ni...mmg sedapkan..credit to Chef Wan yg famous meletup tu....hehehe...knu add link ya.

AZLITA AZIZ said...

Wasalam... ya kak mmg sedap! anak2 pun suka... terima kasih share resepi yg sedap ni ye!

putribongsu said...

salam kak, mesti cube resepi ni...sy mmg rajin mencuba ns ayam sbb dia simple nk buat...nak jamu org datang...hehehe...

Powered by Blogger.