iklan

iklan floral cake

iklan ada

Sunday, December 12, 2010

MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Assalamualaikum....
minum apa petang ni...? Ita buat yg ringkat aje... Murtabak lapis Cream Cracker. Resepi ni ita ambil kat blog Rozzan's. Resepi ni amat sesuai jika dibuat hantaran utk majlis perkahwinan atau majlis pertunangan. Mcm Biasa klu dah minum petang yg agak berat ianya akan membawa sampai ke mlm... jadi mlm ni tak payah la mak nyer ke dapur lagi.... jom lah cuba resepi yg sedap ni...


Kpd tuan punyer resepi ita minta izin share resepinyer disini ye... mana la tau klu esok ada anak yg nak naik pelamin boleh rujuk balik kat sini tuk buat hantaran... eceh... eceh... bila la tu....


MyKitchen's Recipe

MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER
By :Rozzan's

Bahan-Bahan
600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

No comments: