Follow if you like

Dec 20, 2010

MEE GORENG

Assalamualaikum.....
Mulakan minggu baru dgn sepinggan mee goreng.....
Dah makan ke?... ita baru lps makan...  hari ni ita masak mee goreng. Semua ttu dah tau kan bagaimana nak masak mee goreng...... mee goreng ni makannan yg cukup mudah di sediakan... biasanyer ita mst pastikan semua bahan tuk buat mee goreng sentiasa ada dlm peti ais... sebab klu anak2 lapar ita plk masa tu dtg angin malas... mee goreng aje la yg paling mudah... cepat dan senang disediakan...
Klu tetamu dtg... pun senang semua bahan tuk membuat mee dah tersedia ada...apalagi.... mengoreng mee aje la kita.... jom kita kedapur....


MyKitchen's Recipe

MEE GORENG 
 Bahan-bahan
mee kuning satu bungkus
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
cili kering - dikisar
udang kering
garam dan gula secukup rasa
cili sos
tauge 
fishball
udang
daging - dihiris nipis
sayur sawi - dipotong
tomato buah
karot (jika suka)
tauhu digoreng
telur digoreng hancur

 

"DO IT YOUR SELF"

Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan harum
Masukkan daging,fishball,udang dan sos cili dan masak hingga daging empuk.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato buah, karot, telur, tauhu dan mee kacau rata dan mesra.
Akhir sekali masukkan sawi dan tauge..kacau rata dan balik - balikkan mee..
Mee siap!! boleh lah dihidangkan dgn hirisan timun, limau kasturi utk menambahkan masam manisnyer dan keropok. eeemmmm sedapnyer....




No comments:

Powered by Blogger.