Follow if you like

Dec 5, 2010

MARBLE CHIFFON ORANGE CAKE

Assalamualaikum...
sebenarnyer ita lg bercuti bersama keluarga di KL. Cuti sek ni bawa la anak2 berjalan tu yg sibuk cikit dan tak sempat nak masukkan N3 baru ni. Ita buat kek Chiffon Oren Marble ni hari sabtu utk bawa bekal anak masa bercuti ni... sebab line ni tak ok tu yg lambat sikit upload...

Ok berbalik kpd resepi kek chiffon ni, ita ambil resepi ni dr blog CMG Dapur Tampa Sempadan  resepi CMG tu kek Chiffon Oren tp ita marblelkan sikit dan namakan dia kek chiffon oren marble... hihihi pandai2 aje ita ni kan... nanti kena marah dgn CMG baru tau... jgn mare ye CMG ita saje aje buat marble sbb nanti klu anak2 tgk ada marble2 ni dorang suka dan tambah berselera nak makan....ita mmg suka sangat dgn kek Chiffon ni.. ita panggil kek ki kek cik pon... hihihi. CMG ita minta izin cnp resepi ni kat sini ye!... ok! jom kita skodeng dapur CMG dan tgk mcm mana kek ni dihasilkan...jom!


MyKitchen's Recipe

KEK CHIFFON OREN
By: CMG Dapur Tampa Sempadan

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar



"DO IT YOURSELF"
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
 * ita bahagikan adunan kpd 2 bhg dan satu bahagian ita warnakan dgn pewarna oren. Kemudian ita marbelkan adunan. Dah jadi... Marble Chiffon Orange Cake... yummy! TQ CMG

2 comments:

Yatie said...

Salam Ita,
Alalalala.. comeinya anak dara Ita ni...mmng sedapkan kek cfiffon ni..yatie mmng peminat setia kek chiffon tau....klau umah dekat mcm dulu...dpt gak merasa...ni jauh bebenor...cuci mata jelah...kih3...

AZLITA AZIZ said...

w'salam Yatie,
hihihi.... mmg sedap kek ni... fav ita tu... sekarang dah boleh buat sendiri lg la bertambah2 suka....
ye.. la klu umah dekat2 boleh hantar sepinggan...

Powered by Blogger.