Follow if you like

Dec 2, 2010

LAPIS WARNA-WARNI

Assalamualaikum.....
dah makan?... sarapan apa pagi tadi...? lewat sikit masuk n3 hari ni sebab ada kerja nak disiapkan... makan tengahari pun lewat sikit... anak2 dah asyik keluar masuk dapur aje.... tak sabar tunggu mak dia masak... dah lapar la tu...
pagi ni ita sarapan Kuih Lapis Warna-warni, resepi ita ambil dari buku memasak Chef Hanieliza 1 hari 1 resepi... tp ita bukan 1 hari satu resepi malah 2,3 resepi kak Liza ita cuba... alhamdulillah tak rugi beli buku ni... semua menjadi dan sedap2 semuanyer... ita cadangkan pd kawan2 yg baru cuba2 nak berjinak2 kedapur belilah buku ni.... memang berbaloi....
ok jom la kita tgk bagaimana rupa Kuih Lapis Warna-warni ita ni...


sedap tau kuih ni lembut, lemak berkrim disukai ramai.... ini fav anak ita Dalili, dia klu makan kopek sekeping2 nak oiiii!!! bila nak sudah sarapan klu makan cam ni..... 


MyKitchen's Recipe

Kuih Lapis Warna-warni
By: Chef Hanieliza
1cwn tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
3/4 cawan gula (ita tambah lg 1 sudu makan )
4 cwn santan dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
pewarna kegemaran (ita guna pink, orange hijau dan warna asal)

"DO IT YOUR SELF"

Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
bahagikan adunan kepada 3 bahagian (ita bhg 4)  Masukkan sedikit pewarna kedlm setiap bahagian dan biarkan satu bahagian warna asal. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang acuan. Masukkan satu senduk adunan warna asal dan kukus selama 5 minit. kemudian lapiskan lg dgn warna2 lain berselang seli dan setiap lapis dikukus selama 5 minit hingga habis. Lapisan yg terakhir kukus selama 15 minit atau sehingga kuih masak. Sejuk betul2 baru boleh di potong. Untuk memudahkan memotong kuih gunakan pisau potong yg plastik dan oleskan minyak pada belahan pisau. Anda akan dapati amat mudah memotong dan hasilnyer potongan nampak kemas.



1 comment:

CikguIsya said...

Boleh berikan ke jenama tepung beras dan tepung jagung? Terima kasih.

Powered by Blogger.