Follow if you like

Dec 12, 2010

KUIH KERIA GULA MELAKA

Assalamualaikum...
Penatnyer rasa badan ni.... Ita ni baru balik dr Melaka.. dok melayan anak2 cuti sekolah ni.... dah lama sebenarnyer tak gi Melaka...seingat ita last ita gi Melaka 2 atau 3 tahun yg lepas, sekarang Melaka benar2 dah berubah mmg sesuai sebagai pusat pelancongan... seronok bercuti ke Melaka bawa anak2 jalan2...
Ita buat kuih keria untuk bekalan anak2 dlm perjalanan ke Melaka...
Kuih keria biasa disalut dgn gula pasir yg dicaikan tp kali ni ita buat menggunakan gula melaka. Ita lebih suka menggunakan gula melaka kerana rasanyer yg lemak manis... mak ita yg suka salut dgn gula melaka sebab selalu sangat makan kuih keria yg dibuat mak, tu yg membuatkan tekak ita  ni tersuka yg gula melaka. Biasa ita buat kuih keria ni main agak2 aje tiada sukatan yg tepat. Tp di sini ita letakkan resepi kuih keria oleh Chef Hanieliza untuk rujukkan anak2 dan adik yg baru2 berjinak2  ke dapur... jom la kita lihat cara2 menyediakan kuih kegemaran ita ni...

MyKitchen's Recipe

KUIH KERIA
By: Chef Hanieliza
Source: 1 Hari 1 Resepi

500 gm keledek
1 cwn tepung gandum
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
1 cwn gula
1/2 cawan air





"DO IT YOURSELF"

Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil
Masukkan keledek, garam dan air secukupnyer ke dlm periuk dan rebus hingga empuk.
Setelah empuk, angkat, toskan airnyer dan lecek keledek hingga lumat.
Gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng dlm minyak panas hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknyer
Kemudian dlm kuali lain, masak gula hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.

Untuk mendapatkan kuih keria gula melaka, tukarkan aje gula pasir tu kepada gula melaka.


No comments:

Powered by Blogger.