Follow if you like

Dec 19, 2010

KEK CHIFFON COKLAT

Assalamualaikum....
Selamat malam semua.... hari ni ita buat kek chiffon lagi... mmg la kek chiffon ni fav keluarga... tu yg rajin membuatnyer sebab laku... sekejap aje dah habis... ita buat kek ni utk bawa bekal... ita hari ni bawa anak2 jln2. Cuti sek ni anak2 boring jugak hari2 dok kat umah, tu yg bawa pusing2... kat KL. Ramainyer orang... nak berjln pun susah... nasib baik tak ujan....
Berbalik pada kek ni resepi ita copy dari dapur CMG Dapur Tampa Sempadan. Siapa la yg tak kenal dgn CMG kan?... pandai memasak dan membuat pelbagai jenis kuih muih dan kek... semuanyer sedap2 belaka. Klu melilau kat dapur CMG rasa semuanyer nak dicuba... tp tah bila la agaknyer.... tak pe kita masuk list dulu... ikut giliran... buat satu2 baru la dpt merasa semua...kan?
Mat, akak minta izin cnp resepi kek fav ni disini ye! senang nanti akak nak rujuk bila nak buat lagi nanti... terima kasih ye Mat...


MyKitchen's Recipe

KEK CHIFFON COKLAT
By: CMG Dapur Tampa Sempadan

BAHAN A :-)
4 kuning telur (gred A)
135 ml air - ita gantikan dgn susu UHT perisa coklat
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

"DO IT YOURSELF"

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang....

5 comments:

Nieza said...

Salam Kak Ita, sedapnya...kalau ada org nk mkn kita nk buat pun seronok kan..:)

AZLITA AZIZ said...

wasalam... Niza, mmg niza seronok membuat klu semua suka.... klu dok tenung aje... alamat mak dia la yg kena ngabiskan...... aiii!!! bertambah gebusss... la badan....hihihi

Mariam Mat Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Mariam Mat Salleh said...

Salam kak Ita..kalau tepung gandum tu saya tukar kan ke tepung kek blh tak? TQ

Mariam Mat Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Powered by Blogger.