Follow if you like

Dec 13, 2010

IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA

Ha! ini juga adalah makanan fav keluarga ita... jom kita tengok cara memasak masakan kesukaan kami sekeluarga ni...

MyKitchen's Family

IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA
 
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

Bahan A
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2inc halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan B
3 sdm sos cili Thai
1 peket perencah Tom Yam
2 sdm sos tiram

Bahan C
Nenas dipotong kiub
Bunga jagung dihiris
Cili bengala dipotong dadu


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.

Masukkan bahan B .Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra. 
Masukkan garam dan gula.
Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
Setelah mendidih masukkan bahan C. Kacau rata. Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi. Taburkan daun ketumbar dan karot yg dimayang halus sebagai hiasan.

No comments:

Powered by Blogger.