Follow if you like

Dec 30, 2010

IKAN HARUM BUNGA KANTAN

Assalamualaikum....
Dah makan?... Wah tentu seronok kan.. hari ni anak2 pun tersenyum riang... Malaysia Boleh! juara jugak M'sia akhirnyer... lega dah habis dah demam bola...  dah mula masuk demam Back To School... yg si kecik tu hari2 dok try kasut dan baju sek... dah tak sabar nak balik sek... abang2 pun dah sibuk berkemas... lusa dah nak hantar semua balik aii!!! sunyilah maknyer lepas ni... dapur pun kurang la berasap sebab yg tinggal ni semua tak pemakan... klu masak kang ita jugak yg kena bagi perhabis... aiii!! montel la nanti....

Ok la kita cerita pasal menu hari ni... ita masak Ikan Harum Bunga Kantan sedap resepi ni anak2 pun suka makan sampai bertambah2 bau bunga kantan dan daun limau perut tu mmg menusuk kalbu dan membuka selera betul....!!

Resepi ni ita ambil dari Buku Koleksi Rasa Mahir Memasak Vol 2. rega dia ...RM 17.90 wah! siap beritau rega lagi uuuu.... hihihi... dlm resepi asal guna ikan merah tapi ita guna ikan bawal sebab ita suka tekstur isi ikan bawal yg lebih halus dan lembut.... ok lah dah terpecik aik liur ni tak leh tahan.... meh kita tgk bahan2 yg diperlukan... jap lg leh la gi market cari bahan2 ye!...


MyKitchen's Recipe

IKAN HARUM BUNGA KANTAN

1 ekor ikan merah - dipotong2  (ita guna 2 ekor ikan bawal) diperap dgn garam dan kunyit
2 batang serai - dititik
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
4 helai daun limau perut - dihiris halus
10 biji cili padi - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu maka sos tomato - ita tak guna sos tomato ita gantikan dgn buah tomato yg dibelah 4
2 sudu makan sos cili Thai
2 sudu makan sos tiram
sedikit jus limau
minyak untuk mengoreng
garam dan gula secukup rasa



"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan
Ambil sedikit minyak mengoreng ikan tadi dan tumis bahan yg dikisar hingga harum dan garing. Kemudian masukkan serai dan bahan yg dihiris goreng lagi hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili Thai dan sos tiram.
Rasakan garam dan gulanyer biarlah secukup rasa.
Akhir sekali masukkan jus limau juga secukup rasa.
Kemudian tuangkan kuah diatas ikan yg telah terhidang diatas pinggan hidang.
Hiaskan dgn taburan daun bawang dan cili merah yg dihiris.

3 comments:

Nieza said...

salam K.Ta,
patutla berbau harum semerbak sampai ke dapur nieza dah ni kak...bestnyer ada bunga kantan tu kat sini tak ada jual kena bw dr M'sia pastu buat frozen...guna skit2 jimat2...hehe

AZLITA AZIZ said...

salam Nieza...
sian Nieza jauh... ambil bau je la ye Nieza...
klu nak bunga kantan nanti akak pos kan...hihihi

isya said...

kemasnyer kak ita jalakan roti nih.. betul2 nampak dijala..hehe.. kak ita jala berbentuk segi empat ke nk dpt hasil yg mcm ni..?

Powered by Blogger.