Follow if you like

Dec 16, 2010

DONUT KENTANG


Ini adalah N3 terakhir yg ita masukkan hari ni sebelum ita lena di buai mimpi... nak tunggu upload pic ni pun boleh terlena dibuatnyer...
Petang tadi ita buat donut... donut ni sedap lembut dan gebu aje... ita mmg minat donut boleh kata satu family semua suka donut... anak2 dan suami ita pun kata sedap... resepi ni ita ambil dari dapur Kak Nor. Ita klu merayap rumah orang tak sah klu tak singgah rumah kak Nor... mmg terbuka selera klu dtg umah kak Nor la... kak Nor ni mmg pandai pancing selera orang tau... aii hilang diet ita... mcm ni... hihihi
Kak Nor ita minta izin share resepinyer disini yer! untuk rujukkan... Terima kasih ye kak Nor....


Mykitchen's Recipe

DONUT KENTANG
By : Lelayong
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kita orang guna susu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

"DO IT YOURSELF"

Tepung gandum digaul dengan marjerin, gula dan kentang sehingga sebati
Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
Panaskan minyak dan goreng.
Selepas diangkat dan toskan minyaknyer bolehlah disalut donut dgn gula caster atau gula icing atau choc masakan atau apa2 aje la... mengikut citarasa masing...


donut ita ni disaluti gula icing , tu yg putih sepo... mcm tepung komak...hihihi

1 comment:

SygAyg06 said...

akak, macam mana nak sukat 3/4 cawan susu suam yek....

Powered by Blogger.