Follow if you like

Dec 14, 2010

DAGING GORENG LADA HITAM

Assalamualaikum....
Tengahari tadi ita masak Daging Goreng Lada Hitam. Resepi oleh Chef Hanieliza... Ita ambil dari buku masak belaiu 1 hari 1 resepi. Resepi yg mudah dan sangat ringkas penyediaannyer... jom kita tgk cara2 penyediaan dr Chef Hanieliza

MyKitchen's Recipe

DAGING GORENG LADA HITAM
By: Chef Hanieliza
Source : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A

500 gm daging lembu - dipotong kecil dan nipis
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn 1 cwn air
2 sudu makan lada hitam ditumbuk
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B untuk menumis

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
1 labu bawang besar

Bahan C untuk hiasan

2 tangkai daun sup dipotong kecil
2 tangkai daun bawang dipotong kecil
1 biji tomato (ita ganti dgn karot)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi dan layur
Masukkan daging dan goreng hingga daging lembut
Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat, lada hitam dan garam
Masak sehingga pekat dan hiaskan dgn bahan hiasan.
Siap untuk dimakan dengan nasi panas2...

1 comment:

mama aleen said...

EMM... SEDAP.. NANTI NAK TRY LA.. BUAT AYAM PUN BOLEH KAN.. :)

Powered by Blogger.