Follow if you like

Dec 28, 2010

CHOC SPIRAL BREAD

Assalamualaikum....
Wah! sekarang dah jadi minggu meroti sedunia... sana sini orang membuat roti... kat Kongsi Resepi hari2 orang dok memposingkan roti hasil tangan2 magik masing... alamat tak laku la roti kat kedai2 roti.... hihihi Kita ni buat2 roti jugak tapi tau tak asal usul roti ni ek....

Roti ni bukan saja dimakan disetiap pelusuk dunia, malah telah tercatat sejak 6000 tahun dahulu dlm buku sejarah. Dipercayai bhw kelahiran pembakaran roti bermula diantara rantau Eropah dan Asia. Orang2 pada masa itu mengisar gandum sehingga menjadi serbuk, panaskan dan ditambah dgn air utk menghasilkan doh. Slps tu mereka mula mengoreng adunan dan ini menghasilkan roti semacam pizza sebagai roti terawal yg pernah dihasilkan.....

Org2 Mesir pula menjumpai cara mencampurkan yis dgn adunan ini. Mrk percaya jika yis ditambah dan doh dibiarkan sebentar ia akan menghasilkan tekstur yg lbh lembut dan roti yg lebih kenyal... hebatkan!

Sekarang roti merupakan makanan org ramai tlh mencapai kepentingan dlm sejarah dunia sebagai makanan asas yg terus berevolusi setiap masa....

Jom ramai2 kita masuk dapur kita menguli roti....


MyKitchen's Recipe

CHOCOLATE SPIRAL BREAD
By: Chef Nick Malgieri
Sumber: Buku 'Bake'

Bahan A - Roti asas
3 cwn tpg roti
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar unsalted butter - dipotong kecil dan cairkan
3/4 cwn susu
1/2 cwn air suam (42c)
1 3/4 sudu teh yis

"DO IT YOURSELF"
  1. Campurkan tpg , gula dan garam dlm satu bekas dan kacau rata, ketepikan.
  2. Yis campur dgn air suam biarkan berbuih dlm 10 minit (suhu air angaran 42c kerana yis akan mati jika air terlalu panas)
  3. Butter yg telah dicairkan dicampur dgn susu dan dipukul rata (guna garfu aje...) suhu bilik
  4. Masukkan 2 dan 3 dlm mixer dan pukul dgn kelajuan sederhana.
  5. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan biarkan hingga menjadi doh.
  6. larikan 1/3 bahagian doh untuk dibuat adunan B
  7. Adunan A tadi dibentuk bulat spt bola dan disapu minyak diatas permukaannyer dan dibiarkan ditempat panas (dlm almari) dan biarkan dia naik 2X ganda.




Bahan B
1/3 daripada adunan A
1/8 cwn susu
1/8 sudu teh serbuk cinement (secubit aje...)
1 1/2 oz choc masakan (dlm 6 petak kecil choc)
1/8 cwn tepung roti (1 sudu besar)

"DO IT YOURSELF"

Cairkan choc masakan kemudian tambahkan susu dan 1/8 sudu teh cinement kacau rata dan pastikan pada suhu bilik.
Kemudia campurkan dgn 1/3 doh drp adunan A tadi dan uli rata.
Biarkan tersimpan ditempat panas (dlm almari) hingga doh naik 2X ganda.


Untuk Membuat Roti Choc Spiral

Sediakan loyang untuk membakar roti ukuran 9x5x3 inc sapukan dgn butter ketepikan.
Canaikan doh A bentuk 4 segi tepat ukuran 8x16 inc (ini agak2 aje... maknanyer canai seberapa besar yg doh tu boleh...) ketebalan dlm 1.5 cm dan lebar dia plk biarlah muat2 loyang untuk buat roti.
Canaikan doh B pulak kecil sedikit dari doh A pastikan ukuran tepi 2cm lebih (maknanyer klu kita letak doh B nanti mesti dia ditengah2 doh A dgn ukuran tepi doh A lebih anggaran 2cm)
Sapukan air diatas permukan doh A yg telah dicanai dan ratakan.
Kemudian letakkan doh B diatasnyer tekan sedikit supaya tiada ruang udara.(ita lupa nak tekan masa ni sebab buat dah tgh mlm tu yg nak cepat aje siap... tgk la ita punya byknyer... lubang2 dah boleh buat trowong....hihihi)
Kemudian rolkan kedua2nyer supaya menjadi selinder.
Masukan dlm loyang roti, sapukan minyak diatas permukaannyer dan biarkan roti ni naik 2X ganda lagi. (dlm 45 minit - 1 jam)
Kemudian boleh lah dibakar dlm oven api atas dan bawah pada suhu 200c selama 1/2 jam atau sehingga roti masak

Roti ni sesuai dijadikan sandwitch... coraknyer yg cantik mmg memanggil2 anak2 untuk cepat2 duduk dimeja makan...

2 comments:

Anie said...

Wah cantiknya roti ni Ita...mmg betul skrang dkt KR ramai yg tgh posing roti. Dah jenuh mkn kek karamel....hehehez

Nieza said...

rajinnya meroti...lum pernah try buat lagi...teringin juga nk buat tapi nampak mcm susah jer...nk kena cuba juga ni..

Powered by Blogger.