iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, December 3, 2010

AYAM MASAK KICAP

ayam masak kicap

Hari Jumaat mmg kena masak awal coz anak2 nak gi smbhyg Jumaat... ita masak yg ringkas aje... Ayam Masak Kicap. Ini mmg lauk fav anak2 ... ita pon suka jugak... bila anak2 ada kat umah ni hari2 la lauk ayam.. klu ikan dan daging dorang kurang sikit. Ayah dia yg suka ikan dan tak suka ayam.. tu la klu masak ayam mst ada lg satu lauk lain tuk ayahnyer....


MyKitchen's Recipe

Bahan A

1 ekor ayam dipotong kecil , dibasuh bersih digaul garam kunyit dan digoreng.
2 biji kentang dipotong bulat dan digoreng
1 pokok daun bawang dipotong 1 inc
4 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1/2 cwn air
3 sudu minyak masak
2 batang cili merah dan 2 batang cili hijau dihiris
1 kiub pati ayam

Bahan B (dikisar)

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inc halia 
1 sudu teh lada hitam


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bawang yg dikisar hingga garing. Masukkan air, kicap,sos cili, sos tomato, kiub ayam dan lada hiris. Biarkan merenih. kemudian masukkan garam dan rasakan masin nyer. Masuk kan ayam, kentang dan daun bawang. Gaul rata. Siap utk dihidang




No comments: