Follow if you like

Dec 15, 2010

AYAM GORENG LEMON

 Ini pula adalah Ayam Goreng Lemon yang dimakan bersama Nasi Bawang tadi. Anak2 mmg suka makan ayam klu boleh hari2 nak lauk ayam.... Ayahnyer plk tak suka ayam.. kadang2 pening kepala tukang masak... akhirnyer masak ikut la selera anak...


MyKitchen's Recipe

AYAM GORENG LEMON
Sourse: Buku Masakkan Rasa Enak


4 keping peha ayam - atau mana2 bhg ayam yg disukai  jumlah ni ikut lah, klu ramai blh tambah dan tambahkan sekali ramuannyer.. agak2 la...ye!
1 biji lemon dibelah 2
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
200 ml susu sejat
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili pes
1 tangkai daun sup - dicincang halus
minyak utk mengoreng

"DO IT YOURSELF"

Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dgn hirisan lemon. Masukkan lemon dlm bekas dan masukkan ayam sekali bersama bahan dihiris, susu, kunyit serbuk, pes cili dan daun sup. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam tenggelam dan biar garing sempurna.
hidangkan ayam dgn daun salad.

No comments:

Powered by Blogger.