Follow if you like

Dec 21, 2010

Nak kena jawab ke.... malu ah!


Assalamualaikum....
Terlebih dahulu ita nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd  Yatie Sinar Kehidupanku sahabat baik  dan jiran yg ita kagumi diatas penghargaan yg diberikan... layak ke ita terima award ni cik yatie oiii!!! ita ni budak baru belajar..... tp tak pe la ye... ibarat kata pepatah "orang memberi kita merasa" dan dgn terharunyer ita menerima.... award ini seadanyer....
alamak!!! kena jawab soalan la plk.... ok la ita cuba jawab seikhlas hati la ye!!

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.

  • hihihi malu nak mengaku.... lepas berkahwin.... kot ... ita ni ramai kakak anak yg ke 6 dr 8 org adik beradik ha! 7 perempuan sorang aje lelaki tu yg jarang ke dapur sbb ramai kakak dah kat dapur...ita ni tak suka masak ita suka kemas umah... eh! tp tu dulu la ye... sekarang dah rajin kedapur dah... hihihi... masakkan pertama emmm... masak air kot....
2. Sapa yang menggalakkan anda masak.

  • Suami dan anak2 sebab dorang semua suka makan... klu tgk anak2 dan suami makan ita lagi seronok dan bersemangat nak mencuba pelbagai resepi baru....
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.

  • ita paling suka masak mee kari dan ini mmg kegemaran ita sekeluarga... dah jadi treadmark jugak... klu hari raya pasti family sebelah ita dan suami akan dtg umah... sebab nak makan mee kari ita.... hihihi
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. hihi jgn mare er.. hikhik

  • yg ni ita tak dapat la nak jawab.... sebab ita baru dlm berblog ni.... kepada yg sudi berkunjung ke blog ita ni, ita ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga.... 
  • klu tya ita blog yg ita suka pergi ita ada jawapannyer.....hihihi... sebab ita mmg suka merayau dan skodeng  dapur orang... jgn mare aaa.....

No comments:

Powered by Blogger.