Follow if you like

Dec 3, 2010

ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN

Asam pedas jeruk asin

dah lama tak makan asam pedas jeruk asin ni, mak yg paling suka buat asam pedas ni. Semalam gi pasar ita beli sebungkus. terliur aje tgk nyoya tu dok tayang2 kat kedai dia...
ita pakai ikan merah ye!... bukan ikan yg kat belakang tu ye.... itu hubby punya... nanti la klu dah tak de lauk sok... ai!! ikan tu pon aku buat masak asam pedassss... boleh gitu!!! hihihi....


MyKitchen's Rescipe
Bahan A
4 keping ikan merah ( ikan lain pon boleh- dibersihkan)
1 bungkus sawi jeruk asin
1 biji tomato dibelah 4
1/2 cwn air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 sudu makan minyak utk menumis
10 batang bendi
2 cwn air
1 kiub ikan bilis
Bahan B (dikisar)
20-30 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
2 inc kunyit
1 inc halia
sedikit belacan
5 tangkai daun kesum

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak dan harum.Masukkan air asam jawa, air dan kiub ikan bilis dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan sawi jeruk asin, ikan , garam dan  daun kesum biar seketika. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi. Tutup api dan siap untuk dihidangkan....




2 comments:

sekamar rindu said...

salam..

menu asam pedas jeruk asin..membangkitkan selera..

follow blog puan..

AZLITA AZIZ said...

wasalam... terima kasih

Powered by Blogger.