Follow if you like

Dec 3, 2010

APAM MARBLE



ini lah apam marble yg dorang dok sibuk buat kat kongsi resepi.... ita biasa la selalu tertinggal ketapi... apam ni sedap gebusss tapi napa ek! berombak2 plk kat atas muka dia tu... api besar sangat ke atau ita terlebih pukul adunan.... tlg kawan2 sapa yg ada tips!!!....
Resepi ni ita ambil dari CMG Dapur Tampa Sempadan  CMG letak atas nama Apam Pelangi tp sebab ita punya apam ni tak warna pelangi ita letak la nama dia Apam Marble. Ita buat 3 perisa, coklat, strawberry dan vanilla. Ita minta izin tuk cnp resepi ni kat cini ye cik mat... nanti senang kawan dan ita nak buat rujukan... TQ...


MyKitchen's recipe
Apam marble

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
90 gram gula halus
125 ml santan pekat segar (guna santan kotak pun ok)
Pewarna makanan ikut suka
"DO IT YOURSELF"
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat, seperti dalam gambar.
  3. Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir2 setiap warna seperti dalam gambar, buat hingga siap.
  5. Tutup permukaan tin dengan tudung periuk sesuai dan kukus 30 minit gunakan api sederhana. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan.


No comments:

Powered by Blogger.