Follow if you like

Dec 25, 2010

APAM GULA MELAKA


Assalamualaikum....
Hari ni ita mengapam la pulak...  Apam yg ita buat kali ni Apam Gula Melaka. Resepi ita ambil kat My Resepi. Resepi dikirimkan oleh rossitamz. Cuma ita tak berapa puas hati dan tertanya2 kenapa apam ita ni tak merekah. Menurut ros apam ini akan merekah bila dikukus.... Tapi tak pe... ita akan cuba lagi... Rasa apam ni mmg sangat sedap... lembut dan gebu walaupun tak merekah...huhuhu...
Ita makan apam ni dgn kelapa yg digaul dgn sedikit garam terasa lemak manis nyer... walaupun sebenarnyer makan mcm tu aje pun dah sedap...!!
Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sungguh baik hati, sudi berkongsi resepi yg sedap ni dgn pengemar2 apam mcm saya ni....
Ita minta izin tuk share resepinyer disini ye....


MyKitchen's Recipe
APAM GULA MELAKA

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

 

"DO IT YOURSELF"

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

* ita dah dpt jawapan kenapa apam ita ni tak merekah... kerana ita tak guna papercup ita guna acuan plastik pas tu leser plk dgn minyak sbb tu tak merekah... so next time take note!

4 comments:

lizaharun said...

ohh kena guna papaer cup yek bru merekah...nanti nk try..ni baru iap salin resepi..tq ats resepinya.

Anie said...

Salam Ita,

Ohhh sy pun baru tau yg nak kena paper cup baru boleh merekah apam ni...tks for the info. Tapi dah nampak tersangatlah gebu btol apam tu ;)

izahdaut said...

salam perkenalan kak ita.. saya pun buat apam tak merekah baru2 ni... hehe..letak dlm bekas acuan lompang, oo rupanya tak bleh sapu minyak ye..tak melekat ke ek.. dah lama nak try apam ni, masih duk dlm list

AZLITA AZIZ said...

klu nak buat apam ni dan nak bagi dia merekak cantik... kena guna papercup... aka pun baru tau.. klu letak dlm acu lompang tu kena la sapu minyak klu tak dia lekat... tapi klu sapu minyak dia tak merekah la mcm yg akak buat tu.... tp tetap sedap... lembut dan gebusss....

Powered by Blogger.