Follow if you like

Nov 29, 2010

TELUR

Petua bukan hanya kpd resepi untuk mengenakkan masakan semata2 tetapi boleh juga kepada memudahkan kita dan membuatkan hidangan tambah lebih cantik dan molek.
Hari ini ita ingin berkongsi petua untuk mengupas telur supaya lebih mudah dan membuatkan telur licin tampa melekat pada kulitnyer. Mungkin ramai yg dah tau petuanyer tapi ita ingin juga kongsikan disini untuk anak2 dan adik2 kita.....
Untuk memudahkan telur dikupas, selepas telur direbus dan masak angkat  kemudian pecahkan kulit telur dan rendam dalam air sebentar.... selepas itu bolehlah dikupas kulitnyer di bawah air paip yg mengalir untuk memudahkan proses mengupas... pasti anda akan terasa mudah mengupas dan menanggalkan telur dari kulitnyer...
Cuba perhatikan telur di atas tu.... cantik kan?? kuningnyer berada di tengah2 klu nak hidangkan atas meja utk tetamu nampak molek aje kan...
sebenarnyer mudah utk mendapatkan kuning telur yg berada di tgh2 telur. Caranyer, ketika merebus telur kacau telur selalu tp jangan kuat2 takut pecah pula telur apabila terhantuk sesama sendiri... bila telur masak anda akan perhatikan kuning telur berada betul2 di tengah2 telur...
selamat mencuba....

2 comments:

mochalicious said...

terpikir gak camne nak dpt kuning kat tgh2...nmpk comeynye bila dah belah n hidang kat meja.. Bagus gak petua nih....tq,kak...;-)

Lisa Amin said...

ohh macam tu ker..........patut la cantik sangat.... biasanya bila rebus telur tak berani nak usik dah takut pecah.....

Powered by Blogger.