Follow if you like

Nov 10, 2010

TALAM UBI

TALAM UBI

hari ni barulah dapat ke dapur semula .... hari tu sibuk hantar anak2 balik pas tu batuk ita yg tak baik2 ni menambahkan lg sakit kepala ku ini... ita ni klu sakit kepala mmg satu kerja pun tak jadi.... cuaca pun tak berapa elok... tu yg bertambah2 penyakit menyerang dgn demamnya lg....
ok berbalik pada menu petang ni ita buat kuih kegemaran ita... talam ubi... ita mmg suka kat kuih talam ni...
OK kuih dah siap di potong... terima kasih pada Kak Zuraini Alias, Cik Puan empunya resepi talam ubi yg sedap ni kerana sudi berkongsi resepi kegemaran ku
ini....
resepi ni ita CNP dari fb kak zuraini... harap2 kak zuraini tak marah ye....


MyKitchen's Recipe

700 gm ubi kayu parut - pas parut ita perah sikit utk buang sikit airnyer...
400 ml santan
200 gm gula merah - ita campur dgn gula melaka sikit ita ni suka manis...
100 gm gula pasir

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan santan,gula merah , gula dan daun pandan hingga gula hancur.
gaul bersama ubi (ita ni mmg suka menambah... ita letak sikit kelapa parut ) dan kukus hingga masak. Kukus selama 20 minit

BAHAGIAN ATAS

1000 ml santan
70 gm tepung jagung
70 gm tepung beras
1 tsp garam



"DO IT YOUR SELF"

Bancuh kesemua bahan dan kacau atas api hingga naik wap.
tuang keatas lapisan bawah.
kukus selama 25 hingga 30 mimit.
guna loyang 10x10.

*seperti biasa buat stengah adunan pun boleh..guna loyang bulat yg dialas plastik..

ita buat resepi ni dapat 2 loyang... satu loyang ita buat yg asli... yg satu lagi ita bubuh perasa pandan dan add sikit pewarna hijau... hihihi tau la kan ita ni suka cuba2 buat yg bukan2.....

2 comments:

mohammad said...

salam ziarah

From My Kitchen said...

terima kasih sebab sudi ziarah....

Powered by Blogger.